“Hadiah Raya Paling Bermakna.” Eyra Hazali Selamat Melahirkan, Timang Anak Lelaki Kedua

Share

Pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira selamat menyambut kelahiran anak keduanya, pada 29 April lalu. Berita tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 29/4/2022, pukul 6.18 petang. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya dikapsyen.

Untuk rekod, Eyra mendirikan rumahtangga bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.

Sumber: eyra .hazali

 

 

IKLAN