Hadiah Suami Motosikal, Hasil Kumpul Beli Emas 1 Gram Setiap Bulan. Sweet!

Share

Zaman sekarang ini, perbelanjaan isi rumah semakin tinggi. Dengan komitmen anak-anak dan keperluan rumah, menuntut sejumlah perbelanjaan yang besar.

Sehubungan itu, ada wanita berkerja dan juga surirumahtangga yang berniaga secara atas talian. Saling membantu dan melengkapi ini dan tidak berkira akan menjadikan keluarga itu lebih harmoni.

Begitu dengan perkongsian seorang wanita, yang merupakan surirumahtangga yang berniaga secara online, tidak kisah mengadaikan gelang emasnya untuk membeli hadiah motosikal baru kepada suami tersayang.

Hasil keuntungan perniagaannya setiap bulan beliau akan membeli emas walaupun hanya 1gram.

Ikuti perkongsiannya.

HARGAI PERGORBANAN SUAMI

Banyak sudah suami berkorban tenaga bantu saya jaga anak dan cod barang custmr tak kira bila custmr nak..kadang balik kerja tak sempat rehat terus keluar cod..

Saya hanya suri rumah yang berniaga online ,bila ada untung sikit saya akn pastikan tiap bulan mesti beli emas walaupon 1gram..atas saranan suami gak suruh beli emas..x rugi katanya.

Gelang ni saya beli hasil gadai barang kemas yang kecik2 tu..tapi Alhamdulilah dah tebus da..

Jadi sekarang saya “hantar asrama” semula untuk beli hadiah moto idaman suami…saya beli motor ni cash je sebab suami tak tahu lagi.

Semoga suami saya makin bersemangat keluar rumah mencari rezeki buat keluarga kecik kami. Doakan saya berjaya tebus balik “anak” saya ni ye..amin ya mujib.

Ini namanya saling melengkapi antara suami isteri.

Sumber: Chienta Mul ‘aien II

 

 

IKLAN