Hadiahkan Proton X70, Eyra Hazali Mahu Bahagiakan Mak Ayah Dengan Kereta Yang Lebih Selesa!

Share

Tidak dapat digambarkan betapa rasa seronok dan puas hati jika seorang anak dapat memberikan sesuatu hadiah yang istimewa dan bermakna untuk orang tuanya yang telah banyak berbakti.

 

Begitulah juga yang direalisasikan oleh pelakon Eyra Hazali apabila menghadiahkan sebuah kereta Proton X70 kepada kedua orang tuanya sebagai menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang dianugerahkan sejak awal tahun ini.

“Alhamdulillah syukur, selalu tertanya2 bila la dapat belikan mummy and ayah kereta yg lebih selesa,siapa sangka,rezeki melimpah ruah pada awal tahun buat Young Living and selepas tggu dari bulan February, tepat pada masanya.”

“Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat my parents (ada appointment doctor). Hadiah ni tak sebesar jasa mumy and ayah untuk besarkan kami 7 beradik,selagi ada kudrat,eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy and ayah.”

 

Selain itu, Eyra turut membeli sebuah kereta jenis Velfire bagi kegunaannya sekeluarga.

 

Sumber : Ig Eyra Hazali

 

IKLAN