“Hai Lah Awak, Demi Mu Aku Sanggup.” Resipi Lamb Chop Pikat Hati Suami, Wanita Ini Kongsikan Caranya.

Share

Menu Lamb Chop memang menjadi kegemaran ramai. Nak nak lagi bila dibakar rasanya sangat menyelerakan.

Nak pikat selera keluarga apa kata hari ini cuba hidangkan Lamb Chop air tangan sendiri. Pasti anak dan suami tersenyum lebar melihat hidangan ini di atas meja.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazirah Maulana menerusi laman facebooknya.


Semalam sebelum tidur helmi cakap kat isteri dia:

“Esok awk masak ringan ringan lah. Sbb esok nak travel dah”

“Dalam hati ku yesss! Esok boleh guling guling bermalas malasan. Sekali bangun tidur, kite pun tanye lah:

“Awk nak kite masak ape hari ni yang ringan ringan?”

“Kau tau dia jawab ape? Fuhh fuhh. Gambar kat bawah ni jawapan dia.

“Terus lah aku buat gaya mata ke atas, tangan naik kat bahu, hidung ngn mulut terjonget tanda tak puas hati atas permintaan dia.

“Tapi disebabkan acah acah nak jadik isteri misthali, gaya terjonget tadi bertukar menjadi senyuman manis. Hai lahh awk. Demimu ku sanggup.

“Ada yang tengok resepi? Boleh tengok caption. Biar gambar berbicara.

Bahan Sos:

Tepung gandum

Butter cup

Bawang Holland

Sos Black Pepper

Sos Tiram

Kicap

kiub ayam

Lada Hitam (kisar)

Stim terlebih dahulu brokoli.

Cara membuat:

  • Cairkan Butter cup.
  • Tumis bawang
  • Masukkan tepung, air, kiub ayam, sos tiram, sos black pepper

 

Kuah yang siap dimasak.

Bahan perap:

Sos black pepper

Sos tiram

Kiub ayam

Serbuk Oregano

Black pepper kisar

Buat lebih jadi boleh marinate. Apabila nak guna tinggal panggang sahaja.

IKLAN