“Hanya Doa Mampu Mengiringi Babah.” Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia Akibat Kanser. Al-Fatihah!

Share

Pelakon, Liyana Jasmay berkongsi berita duka apabila ayahnya,  Datuk Jasmay Md. Shah, 68, meninggal dunia selepas lebih setahun berjuang melawan kanser paru-paru.

Berita tersebut dimaklumkan pelakon filem Papadom itu menerusi Instagramnya yang dimuatnaik  bersama dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapanya.

Menurut Liyana, ayahnya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.30 pagi tadi di kediaman keluarga di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.

“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.

“You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.

“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” ujar nya menerusi kapsyennya.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut berkongsikan berita tersebut di insta stories.

“THANK YOU YA ALLAH SWT FOR ALLOWING ME TO BE WITH MY FATHER ON HIS LAST BREATH. TO BE ABLE TO HOLD HIM, LOOKING INTO HIS FACE. HE WAS CALM. I COUNT BE THANKFUL ENOUGH.

“THANKFUL BECAUSE HE PASSED ON A FRIDAY. I WAS WITH HIM. THANK YOU YA ALLAH SWT,” tulisnya lagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak iaitu Juzaili Jasmay, Faradilla Jasmay, Adriana Jasmay dan Liyana.

IKLAN