Hanya Tinggal Baki RM100 Sebulan Untuk Makan. Kisah Keluarga Ini Meruntun Jiwa.

Share

Kadang kala kita leka dengan kelebihan yang tuhan bagi terutama soal wang. Nak beli apa sahaja dapat. Tak mahal sangat tetapi sekali shopping tudung tu, dua pasangan dah rm100 lebih. Anak nak kita tak berkira, ambil aje lah tanpa tengok harga, bayar aje. Dan ia berlaku tanpa henti setiap hari.

Tanpa kita sedar bahawa telah berlaku pembaziran dalam hidup. Kita membeli bukan keperluan tetapi mengikut kehendak. Namun, sedang kita leka dengan kelebihan itu, ada insan diluar sana sedang berduka. Ikat perut dengan duit yang semakin menyusut. Bukan tidak terima bantuan diberi atau bekerja namun tidak mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. Bukan tidak berusaha untuk ‘lari’ dari kemiskinan, tetapi ada kalanya diri tidak mampu bertahan. Lebih-lebih lagi, suami telah menemui sang pencipta.

Kisah duka kesusahan hidup sudah tentu banyak kita dengar dan baca di media sosial saban hari. Sebagaimana perkongsian titian hidup kesusahan sebuah keluarga yang dipaparkan oleh seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang aktif dengan kegiatan CSR bersama pasukannya.

Semoga kisah ini menjadikan diri kita lebih cakna emembantu insan yang memerlukan sebagaimana yang anjurkan oleh Islam mengenai amalan sedekah.

Ikuti perkongsian guru ini.

TIADA DUIT NAK BELI BERAS

Seorang anak baru berusia 14 tahun curi-curi guna telefon ibunya untuk pm aku minta bantuan beras dan sepapan telur untuk makan.

“Salam cikgu. Boleh saya minta bantuan barang dapur? Tak ada apa dah kat dapur. Ni Fb mak saya. Saya pm cikgu ni mak tak tahu.”

Anak yatim ini tinggal bertiga dengan ibu dan adiknya. Ibunya penerima Baitulmal RM500 sebulan dan pendapatan utama menjaga anak orang dengan bayaran RM400 sebulan.

Sewa rumah RM600, bil api, bil air, bil van sekolah anak-anak, duit belanja lagi. Baki setiap bulan untuk makan tak sampai RM100 saban bulan.

Sebaik terima kes, aku hantar Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki turun siasat memandangkan kes ni dekat dengan beliau.

Sah, cerita semua benar. Kesempitan hidup mereka itu real, bukan tipu-tipu.

TERIMA BANTUAN ZAKAT

Maka kami bantu mereka dengan dana yang ada. Malam ini, baru aku berkesempatan ziarah sendiri. Tersenyum lebar si anak dan ibunya.

“Eh, Cikgu Fadli datanglah.”

Femes juga aku rupanya. Tak payah perkenalkan diri mereka dulu tegur.

Duduk bersila, mendengar cerita. Anak bongsunya baru 3 bulan dalam perut sewaktu ayahnya meninggal dunia.

Sejak itu, mereka sangat sempit dah hidup susah. Hanya mengharap zakat dari Baitulmal dan jaga anak orang yang cuma sedikit sahaja upah.

BANTU KEBAJIKAN ANAK YATIM

Kami bantu dan support dia untuk buat kuih dan hantar pada koperasi sekolah. Oven dan segala peralatan yang perlu akan kami sediakan.

Anak-anak ini anak-anak yatim. Segala yuran persekolahan anak-anak ini dan keperluan yang sepatutnya mereka ada, kami akan cuba sediakan secukupnya.

Anak-anak yatim ni nabi saw kasih sungguh. Kerana tempat pergantungan utama mereka sudah tiada, dan ibu serta anak-anak perempuannya terpaksa berdikari tanpa boleh mengharap sesiapa.

Aku memang sangat utamakan kebajikan anak-anak yatim. Kami cuba bantu yang ada dalam radar dan capaian kami.

Tenaga kami terhad. Masa kami juga terhad. Bahkan dana kami juga terhad. Maka tak mampulah kami nak bantu semua orang. Itu tanggungjawab pusat zakat dan YB kawasan lah.

Namun sepaling kurang, kami cuba bantu mana yang mampu. Begitulah.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita
#MFS
Kredit: Mohd Fadli Salleh

IKLAN