Hanya Tinggal RM2, Lelaki Tua Penjaga Lori Ikhlas Beri Pada Gadis Kehabisan Minyak Motosikal, Bikin Netizen Sebak.

Share

Hati mana yang tidak sebak apabila melihat kebaikan seorang warga tua serba kekurangan membantu tanpa berkira.

Hati mana yang tidak sebak apabila melihat kebaikan seorang warga tua serba kekurangan membantu tanpa berkira.

Perkongsian seorang pengguna Toktik, fitry.care, mengundang sebak netizen apabila melihat kebaikan seorang lelaki yang menghulurkan duit RM2,00 kepada seorang gadis yang kehabisan minyak motorsikal.

Gadis berkenaan yang tidak membawa duit ketika membuat khidmat penghantaran sekitar daerah Bentol di Tawau Sabah. Dalam keadaan terdesak gadis itu meminta bantuan lelaki tua berkenaan yang kebetulan berada dihadapannya.

Siapa sangka, lelaki tua yang kurang pendengaran itu menghulurkan RM2.00 simpati situasi yang dialami gadis berkenaan. Lebih menyedihkan dia memberitahu hanya dengan duit itu sahaja untuk digunakan membeli kuih.

Menyedari akan hal itu, gadis itu menolak bantuan yang diberikan tapi tetap mahu  diberikan agar memudahkan urusan gadis itu.

Tiada pilihan lain, gadis itu terpaksa menerima bantuan ikhlas namun berjanji akan datang semua membalas budinya.

Ikuti perkongsian ini. 

 

@fitry.careWalaupun duit beliau tinggal Rm 2 ,beliau masi mau membantu saya 🥺##tawau ##peduli ##sabah

♬ bunyi asal – Fitry.care

 

Walaupun mempunyai masalah pendengaran tetap bekerja untuk keluarga. Bekeja menjaga lori dari petang hingga pagi.

Lupa bawa duit.

Denga cepat pakcik meminjam saya duit.

Katanya, duitnya tinggal RM2.00

 sebak tengok VIDEO kebaikkan pakcik ini.

Baiknya pakciknya! 

Gadis itu kembali semula seperti yang dijanjikan untuk membalas budi baiknya. Lebih manis lagi, gadis itu telah memberi sumbangan ‘hadiah’ buat pakcik itu.

Keluarga: Moga pakcik dan keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber: fitry.care

IKLAN