“Harap-Harap Qadejah Tak Ikut Perangai Buruk Mama.” DS Shahida Ingat Pesanan Ayah, Kongsi Pengalaman Berhijab Usia 14 Tahun.

Share

Setiap wanita yang berhijab pasti punya cerita tersendiri. Termasuklah isteri kesayangan Dato Seri Aliff Syukri ini.

Bercerita tentang pengalamannnya pertama kali memakai hijab pada usia 14 tahun, akui Datin Seri Shahida, beliau disuruh berbuat demikian oleh ayahnya.

“Alhamdulillah bila mama suruh @qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap…….

“Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama tak dengar sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jgn keluar rumah….lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak-agak jauh sikit dari rumah mama pun buka.

“Harap-harap @qadejah tak ikut la perangai buruk mama tu….biasalah zaman muda mudi….nak merasa semua..

“Mama Pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa tak pakai tudung….siap dah ikat rambut lawa2…sudahnya tiba2 rasa tak nak keluar pula sebab x pakai tudung.

“Kesimpulannya Kalau kita dah biasa bertudung Insya Allah niat tu Allah pelihara…..yg x bertudung tu bukan nya x baik….baik sangat2 byk yg saya jumpa sangat2 baik……belum sampai lagi masanya….doakan yg baik2 utk orang yg baik2 juga datang pada kita,” tulisnya panjang lebar di ruangan instagramnya.

Sumber: IG shahidadherbs

IKLAN