“Hargai Isteri, Bertambah Rezeki. Sweetnya.” Selit Duit Nafkah Dalam Jambangan Bunga, Cara Achey Dapat Pujian!

Share

Wang nafkah tidak sama dengan wang belanja yang diberikan oleh suami kepada isterinya. Sering kali kita mendengar ada suami yang tidak faham atau buat sambil lewa soal pemberian nafkah kepada isteri.

Dalam satu perkongsian, pelawak terkenal Achey dari Kumpulan Bocey berkongsi bagaiamana cara dia menyerahkan wang nafkah buat isteri tersayang, Nor Hasanah dengan cara yang cukup unik.

Pemilik nama sebenar Mohd Nasir Hamzah ini menjelaskan, jika kita menunaikan perkara wajib dengan cara yang cukup menyeronokkan, pasti kita akan lebih berasa bahagia.

Takda apa pun… just nak share

Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya..


Isteri di pinjamkan Allah untuk kita di dunia.. dia hak Allah.. maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ni..
..
Yang baik korang ikut… yang tak baik dari saya jgn ikut tau…

Perkongsian menyentuh hati itu membuatkan ramai yang memuji sikap Achey sebagai suami yang bertanggung jawab.

norainirazah84 Betul tu…sbb ada segelintir suami yg pandang ringan tentang bab nafkah nie…atau buat xtau je😑
official_zap66 Best kan sesekali dpt surprise cmni..
ieda_aaiJawapan @anne_achey mmg mak2 sgt.. Bila suami bg nafkah kan.. Mesti ckp kt ank, boleh bli mainan😂
Bahagia sampai syurga
mary_clara91 Alhamdulillah 😍 bahagia smpi syurga ☺️ dimurahkan lg rezeki .
mama_adam_putra_08 Sweet jer… hargailah isteri insyaallah.. bertambah rezeki
masmisalleh Untungnya dpt suami yg pandai menghargai.

Sumber: acheykintangkintung

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
IKLAN