Hari Jadi Anak Norman & Memey, Serlah Kasih Sayang Ikhlas Abby Abadi Kepada Keluarga Ini. Sungguh Inspirasi

Share

Setiap yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Kita sebagai khalifahnya harus redha setiap yang ditentukan oleh Nya. Biarpun kisah pahit melanda, tidak lagi menoleh kebelakang. Kehidupan baharu harus diteruskan tanpa prejudis.

Barangkali itu prinsip dalam diri pelakon Gerak Khas musim baharu ini, Norman Hakim dan Abby Abadi. Kesantunan kisah keluarga mereka ini sentiasa menjadi inspirasi buat peminatnya.

Malah baru-baru ini, melalui entri instagram Abby Abadi yang telah memuat naik kemeriahan sambutan hari jadi  Muhammad Dikhriz yang merupakan anak kedua Norman hakim dan Memey Suhaiza.

Majlis meriah dengan tema cowboy telah dihadiri Abby bersama suami yang juga disertai oleh rakan artis yang menceriakan majlis.

Melihat banyak gambar yang dimuat naik di instagramnya, rata-rata peminatnya melahirkan rasa kagum dengan cara Abby Abadi menyantuni anak-anak Memey dan Norman Hakim.

Inspirasi wanita hebat
Contoh lah keluarga ini
Kasih sayang yang ikhlas
IKLAN