Hati-Hati Beli Barang Online. Lelaki Ini Kerugian RM600, Dedah Cara Nak Elak Hacker.

Share

Dalam tempoh KPK , pastinya ramai yang melakukan pembelian online setelah tidak dibenarkan keluar rumah supaya dapat memutuskan rantaian covid-19.

Namun, pembelian secara online ini jika tidak dilakukan dengan cara teliti boleh mengakibatkan kita kehilangan sejumlah wang akibat scammer yang kini didakwa semakin berleluasa.

Inilah yang terjadi kepada seorang pengguna FB, Shahrin Shah yang telah kerugian sebanyak RM600 lebih setelah membuat bayaran untuk pembelian secara online.

Ikuti perkongsian in.

Gambar hiasan

Saya rugi RM600 lebih sebagai pengajaran dan pelajaran.

Tolong jangan linkkan akaun bank anda dengan shopee, lazada, paypal, ewallet dan sebagainya. Hacker akan hack akaun e-dagang anda dan buat pembelian. Bila kita buat report kepada penyedia platform mereka tidak layan sebab transaksi tu seumpama kita sendiri yang buat.

Sila remove semua link akaun anda ke e-dagang. Buat sekarang dan tukar semua email dan password.

Sekiranya ingin buat pembelian sila buat transaksi payment online manual.

Satu cara lain boleh linkkan dengan akaun bank yang tiada duit. Nak shopping baru masukkan duit. Susah pada kita susah juga mereka nak curi duit kita. Kalau terlepas juga tidaklah banyak.

Sila jaga kad atm debit anda seperti nyawa anda. Limitkan paling minima transaksi guna kat debit dan paywave. Paywave siapa2 pun boleh guna jika ada kad anda.

Semoga menjadi iktibar.

Sumber: Shahrin Shah

IKLAN