“Hati-Hati Ibu Ayah Ambil Anak, SOP Kena Jaga!” Warganet Luah Bimbang Sikap Ibu Bapa Di Sekolah. Take Note Semua!

Share

Setelah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi pembelajaran bersemuka di buka semalam iaitu pada 1 Mac 2021 pelbagai pihak melahirkan rasa kebimbangan.

Biarpun KPM telah menetapkan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, namun masih ada yang alpa mematuhi hal ini.

Menerusi perkongsian facebook, Lee Master Blaster melahirkan rasa kebimbangan dengan sikap ibu bapa ketika mengambil anak waktu tamat sesi persekolahan.

Merujuk kepada gambar jelas mengambarkan ibu bapa berada dalam kedudukan yang dekat tanpa ada penjarakkan.

Situasi sekolah waktu tamat sesi persekolahan kelihatan diluar kawalan.

WARGANET LUAH RASA BIMBANG

Dalam pada itu, warganet rata-rata melahirkan rasa terkilan dengan situasi demikian. Mereka berharap pendedahan ini dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk alert untuk menjaga SOP.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin  mengumumkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan kembali ke sekolah pada tarikh 1 Mac 2021.

Bagi murid sekolah rendah Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac ini. Manakala, pelajar sekolah menengah akan mula kembali ke sekolah pada 4 April.

Sumber: Lee Master Blaster

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN