‘Healing’ Versi Gegirl Anak Hanis Zalikha Jadi Tumpuan! “Level Kayangan La Dikkk”

Share

Sekarang ni sana sini muat naik di sosial media tentang ‘healing’. Apa itu healing?

Penyembuhan diri atau lebih dikenali sebagai self-healing adalah satu usaha untuk menyembuhkan atau merawat luka yang tidak nampak dalam diri terutamanya melibatkan hati. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, kadangkala tidak semua luka itu dapat sembuh. Jadi, bagaimanakah cara yang sesuai untuk self-healing ini ?

Daripada duduk dirumah, menyendiri, menagis dan tidur sepanjang hari. Lebih baik self-healing di luar rumah. Seperti dalam bentuk aktiviti, self-healing boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti yoga, bersenam, riadah dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada endorfin atau sering dipanggil ‘hormon gembira’.

Tidak ketinggalan, baru-baru ini pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha berkongsi satu video anak perempuannya, Alisa Aisyah yang sedang ‘healing’ mencuri tumpuan pengikutnya di aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, anaknya yang berusia tiga tahun itu dilihat sedang membuat rawatan kecantikan seperti di sebuah spa dengan penuh bergaya.

Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan Alisa memakai topeng muka untuk penjagaan kulit wajah, selain santai menikmati rawatan ‘manicure’ bagi mendapatkan kuku yang bersih serta berkilat.

@haniszalikhaHealing versi gegirl

♬ OHH WHOO IS SHEEEE – idk

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberi komen terpegun melihat gaya hidup Alisa yang berbeza dengan kanak-kanak lain seusianya. Tidak kurang ada juga segelintir individu berseloroh mengatakan cara ‘healing’ atau ‘merawat hati lara’ itu seolah-olah bertaraf kayangan.

Untuk rekod, Hanis berkahwin dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3.

Sumber: TikTok @haniszalikha

IKLAN