Terasa sekejap sahaja masa berlalu, seakan baru semalam kita menghantar anak ke sekolah tadika, pejam celik pejam celik kini anak kita sudah pun menamatkan zaman sekolah rendahnya. Ini bermaksud, tahun hadapan ke sekolah menengah pula. Benarlah orang kata, anak-anak ini walau pun setiap hari di depan mata kita, hakikatnya kita tidak sedar mereka sebenarnya telah pun membesar.

Jadi apa kata sebagai tanda sayang seorang ibu kepada anak, kita upgrade bilik tidur anak kita dengan serba serbi nampak berbeza daripada sebelumnya. Andai kata sekarang ini bilik tidurnya nampak ke anak-anakan atau terlihat kusam dan membosankan, kita ubah menjadi lebih sweet dan selesa. Pastinya tranformasi yang ibu lakukan ini akan membuatkan anak lebih teruja dan gembira beradu di bilik tidurnya.

Bab bajet usah bimbang, ada trik yang boleh ibu-ibu lakukan untuk pastikan bilik nampak cantik, ada mood dan bergaya tanpa menyebabkan poket seluar rabak. Nak tahu caranya jom lakukan 7 langkah utama ini.

  1. Tukar kedudukan katil (Tiada kos)

Percaya atau tidak dengan menukar kedudukan katil sudah dapat menyuntik mood berbeza. Ini memandangkan katil adalah merupakan perabot yang terbesar saiznya yang ada di dalam bilik tersebut. Kedudukan kepala katil tidak semestinya disandarkan pada bahagian dinding, perlu bijak mencari kesesuaian ruang. Jika kena gayanya ruang bilik tidur akan nampak lebih luas daripada sebelumnya.  Melakukan hal ini sedikit pun tidak ada modal untuknya, sekadar tenaga sahaja. Memang awesome!

 

  1. Beli cadar baru (TOVSIPPA RM 149)

KLIK SINI untuk beli

Ya ini semestinya. Ini kerana bila kita guna cadar baru, dengan sendirinya terserlah ruangan bilik jadi istimewa. Pun begitu, tidak semestinya cadar yang kita nak beli tu harganya mencecah ratusan atau ribuan ringgit untuk nampak impak wow.  Pilihan cadar Ikea TOVSIPPA ni memang terbaik, baru RM 149 sahaja.

 

  1. Pilih sarung kusyen (ELDTOREL RM19.90)

KLIK SINI untuk beli

Jika di atas tilam hanya ada bantal tidur, elok sangatlah ditambah dengan kusyen sebagai penambah seri ruangan tilam. Pun begitu, pilihlah warna yang menceriakan agar terlihat menonjol. Memang tidak dinafikan,  terdapat banyak pilihan design di pasaran. Namun yang dirasakan paling ekonomi dan istimewa adalah jenis ELDTOREL (RM19.90).

 

  1. Pasang langsir ( ALVINE SPETS RM29.90)

KLIK SINI untuk beli

Jangan menidakkan impak langsir pada ruangan bilik. Jika tidak percaya, cuba pasang langsir jarang dengan motif sulaman bunga-bunga berwarna putih ini. Sekelip mata sahaja bilik terlihat begitu mendamaikan dan harmoni pada pandangan mata.

IKLAN

 

  1. Gantung poster (BILD RM29.90)

KLIK SINI untuk beli

Bilik tidur anak bertambah berseri jika di bahagian dinding bilik tidak dibiarkan kosong. Nak mudah dan jimat, gantung sahaja poster BILD dengan imej seorang gadis yang cukup comel. Warna poster juga sungguh sweet sesuai sangat untuk anak kita yang semakin meningkat remaja.

 

  1. Pencahayaan (TVARS RM 15.90)

KLIK SINI untuk beli

IKLAN

Hidupkan suasana malam di bilik anak dengan pencahayaan yang menarik. Percayalah dengan hanya sebuah lampu meja akan dapat memberi 1001 mood yang cukup luar biasa.

 

  1. Susun tumbuhan hiasan (FEJKA RM19.90)

KLIK SINI untuk beli

Ada orang kata tumbuhan hijau bila diletakkan di dalam rumah boleh menjadi terapi jiwa agar rasa tenang. Mengambil inisiatif ini elok kiranya kita letakkan tumbuhan artifisial sebagai penyeri ruangan bilik. Harganya pun murah sahaja, hanya dengan melaburkan wang  RM 19.90, pokok hiasan tersebut tahan, kekal elok bertahun-tahun. Memang praktikal!

Nah, sekarang lengkap sudah projek transformasi bilik anak kita untuk nampak lebih cantik dan baru. Kalau hendak dihitung, kita baru sahaja berbelanja RM264.50 sahaja. Nyata bukanlah kos yang besar dan sesiapa pun boleh memilikinya.