Angin dalam badan kalau tak dikeluarkan memang akibatnya rasa sakit satu badan. Bila dah sakit satu badan, bertambahlah ketegangannya.
Kadang-kadang nak buat kerja pun rasa tak selesa dan tak mampu nak fokus dengan baik kerana terpaksa menanggung kesakitan.
Orang kata makan halia memang ubat untuk buang angin. Ya tepat sekali. Tapi resipi dua bahan yang digabungkan ini memang nampak ‘rare’ taping paling senang nak dapat. Kalau minum air halia sahaja mungkin kita rasa tak mampu, apa kata cuba pula dengan susu. Nampak lebih menyelerakan!
Resipi yang dikongsikan oleh Jannah Halimatun dan Rose Maline di facebook ini kita kena ikut. Jom cuba!
“Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa, sebu, tambah-tambah
#makyong yang tak sedap badan tu. Badan anda mesti dipenuhi angin, mujur bukan angin helium je, kalau tak dah terbang naik ke langit.
Ads
SUSU HALIA
Bahan-bahannya:
1 kotak susu (brand apa pun boleh)
3-4 cm halia -sebesar ibu jari
Halia ni ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas, masuklah banyak sikit . Kalau setakat 3 hingga 4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
Ads
1. Hiris halia nipis.
2. Renehkan halia dengan susu sampai mendidih, di atas api perlahan.
Ads
3. Taraaaa…sedia diminum.
Seeloknya minum ketika susu masih suam dan kesannya adalah serta merta. Memang sendawa dan akan buang angin non stop!
Yang lagi best, resipi boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Ibu mengandung dan menyusu pun boleh minum, tapi jangan lah letak halia banyak sangat. Cukup 2 hingga 3cm saja ya.
Menurutnya lagi, petua ringkas dan jimat kos ini sangatlah berkesan. Paling menarik boleh minum bila-bila masa sahaja, ikutlah keselesaan masing-masing. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Kredit: Jannah Halimatun & Rose Maline
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Demikian perumpamaan yang boleh diungkapkan pada kegigihan pasangan suami isteri ini dalam membina empayar bisnes mereka bersama. Segala-galanya bermula apabila mereka mahu mencari sumber kewangan untuk berkahwin.
Penangan kek jenama Absolut Chocolat yang diusahakan pasangan suami isteri, Ben Ali dan Nadiyah Shahab mencipta sensasi dan pengaruh tersendiri. Hanya dipromosikan di Instagram selain menggunakan populariti rakan artis mempromosikannya, kek itu pantas mencuri tumpuan ramai.
Bermula dengan kek coklat, pilihan kini juga dikembangkan untuk jenis Boba Milk Tea dan Milk Lava. Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan, 27, mengaku pada masa itu dia tidak mampu untuk menampung semua kos perbelanjaan apatah lagi dirinya tidak begitu aktif dalam karier seni.
“Bisnes ini semuanya bermula sebab kami nak cari duit lebih untuk berkahwin (November tahun lalu). Daripada suka-suka nak cari duit tambahan, siapa sangka minat kami terus bercambah untuk lebih serius dalam dunia perniagaan. Saya sendiri tak yakin dengan perniagaan kek ini tetapi diyakinkan isteri.
“Saya ni lelaki kot takkan nak jual kek pula kan, tapi Nadiyah yakinkan dan ‘paksa’. Jadi nak tak nak saya turutkan sahaja. Dari A-Z kami lakukan sendiri termasuk editing, ambil gambar dan sebagainya. Sebab itu modal permulaan kami hanya RM50 sehinggakan ada yang tak percaya dan anggap kami tipu. Padahal duit itu kami guna untuk beli barang keperluan untuk buat video.
“Kami sama-sama membuat proses memasukkan kek ke dalam kotak. Malah kami jugalah yang melakukan penghantaran kek terus kepada pelanggan. Daripada hari pertama dapat tempahan awal hanya empat biji kek, ia bertambah hari demi hari. Dari 10 hinggalah sampai 200 biji sehari kami sediakan,” jelas Ben lagi.
Bermula dengan operasi kecil-kecilan di gerai jualan hinggalah ke tahap menyewa premis kedai dua tingkat di Cheras, Ben dan rakan kongsi yang juga isterinya, Nadiyah Shahab boleh tersenyum bangga kerana usaha mereka membuahkan hasil hingga menjadi terkenal.
“Bayangkan, dari sekadar nak cari duit kahwin, akhirnya bisnes ini membawa pada sumber pendapatan yang lumayan. Sebab itu sekarang fokus kami lebih pada bisnes berbanding lakonan,” ujar Ben Ali sambil memberitahu mempunyai 20 orang staf tetap selain yang bekerja secara part time.
13,000 kek terjual
Malah pada festival Mood Republik baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Jalan Duta juga mencipta kejayaan serta fenomena membanggakan apabila lebih 13,000 kotak kek terjual selama tiga hari ia dianjurkan.
“Habis licin… 13,000 kotak dalam masa tiga hari memang sesuatu yang cukup mengejutkan dan pada masa sama menjadi pencapaian serta kebanggaan peribadi kami,” kata Pengarah Urusan Absolut Brands Sdn Bhd, Ben Ali yang turut melancarkan minuman Teh Susu Boba di bawah cabang Absolut Brew.
Kini di bawah Absolut Brands Sdn Bhd selain mempunyai Absolut Chocolat, pihak mereka juga berkembang dengan menjalankan cabang perniagaan Absolut Brew, Absolut Event dan Absolut Management.
Teringin main mercun
Pertama kali bergelar suami isteri, pastinya raya tahun ini cukup bermakna buat pasangan ini. Akui Nadiyah, keterujaan menyambut lebaran kali ini lebih kepada ingin bermain mercun. Lucu tetapi itulah keinginan pelakon Drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang bakal menyambut raya di rumah mentuanya di Perlis sebelum pulang ke Singapura.
“Sejak dulu lagi, saya memang teruja nak main mercun, tetapi di Singapura benda ini dilarang jadi memang tak ada harapan la. Sepanjang umur 28 tahun memang tak pernah dapat rasa bermain mercun. Bukan itu sahaja, saya tak sabar nak berkumpul ramai-ramai dengan saudara mara Ben dan menikmati malam raya dengan memasak bersama mereka nanti. InsyaAllah kalau tak ada aral, kami akan membuat rumah terbuka di kampung Ben nanti di Perlis.
“Soal anak kalau ikutkan kami berdua memang tak sabar dan teringin sangat. Tetapi belum ada rezeki lagi buat masa sekarang. Memang kami tidak merancang kerana mahu memiliki anak cepat,” ujar Nadiyah yang mengakui belum berkesempatan berbulan madu dan akan ke Itali tidak lama lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bergelar suami isteri kena saling memahami dan bertolak ansur, menghargai segala pengorbanan pasangan yang berpenat lelah menguruskan rumah tangga. Jadi tak salah andai suami laburkan sedikit wang untuk membeli barang keperluan ini yang juga amat berguna untuk anda sekeluarga.
Itu yang dikongsikan oleh saudara Taufiq Razif menerusi laman facebooknya. Beliau mencadangkan supaya para suami menghadiahkan isteri barangan seperti ‘dryer’ yang sangat bermanfaat dan boleh membantu isteri.
“Mak letih tak sidai kain tiap hari?”
Bila je saya tanya soalan ni dekat mak masa call mak kelmarin terus keluar segala keluhan mak di kampung.
Baju bertimbun. Kena sidai setiap hari. Buat kerja berat tak berhenti. Rutin yang nampak simple tapi memeras kudrat dan keringat.
Semua keluhan tu mak saya pendam di lubuk hati paling dalam rupanya. Bila saya tanya, baru la mak mula cerita. Kenapa? Sebab sebolehnya mak kita tu tak nak susahkan kita.
Ya Allah. Berdosanya saya. Kenapa dah hampir umur 30 tahun ni saya baru sedar?
“Mak, saya belikan Mak dryer ye?”
“Apa tu dryer?”
“Alah, yang macam kat dobi tu. Mesin pengering baju. Dah spin baju terus je masukkan dalam dryer ni mak. Kejap je dah kering. Mak tak perlu fikir dah nak sidai baju lepas ni.”
Daripada nada suara mak di handphone. Saya dapat rasakan mak saya tengah sebak. Rupanya ni la ‘most painful point’ mak saya. Saya lupa, kalau kita nak bahagiakan orang lain tak semestinya kena tabur kemewahan. Cukup cari kat mana titik yang mana membuatkan si dia paling menderita dan kita angkat derita si dia tu.
Derita isteri dan mak saya sama. Mereka tak larat nak sidai baju yang bertambun. Kedua masalah mereka ni saya angkat dan selesaikan dengan dryer ni. Punya la sebak dan terharu mak dan isteri saya dapat benda ni. Dah macam dapat banglo sebijik dah! Ikut kajian wanita lebih bahagia dengan komitmen kita yang kecil tetapi berterusan daripada kita bagi dia hadiah mahal-mahal dan mewah tapi tapi kadang-kadang je.
p/s : Harga dryer ni RM1k lebih je. Jom join Telegram saya untuk belajar ilmu parenting. Install Telegram dan klik link ni : t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Runsing masalah perut yang sering terasa sebu dan nampak buncit elok kiranya amalkan minum jamu ini.
Menyediakan jamu ini juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang sukar, semuanya sedia ada di dapur. Jom semak bahan-bahannya.
Kome ada masalah uk uk tak lawas! Kome ada masalah angin kush-kush hota heyy!!Kome ada masalah sebu perut! Kome ada masalah peyut muncit! Kome nak kurus secara alami…
Cikpooja amalkan nie je Jamu Halia Madu
Bahan-bahan pun mudah..
2 inci halia tua
2 biji limau nipis@ 1biji lemon
3 cawan air
1/2 cawan madu
Cara2 nak masak dia…ikut step kat pic yea
Step 1: Potong limau dan halia membulat.
Step 2 : Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air 3 cawan. Renih hingga air berbaki 2 cawan.
Step 3 : Masukkan dalam cawan dan biarkan suam. Kemudian masukkan dalam pengisian dan campur 1/2 cawan madu. Kisar halus.
Step 4 : Siap. Isi dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Ambil 3 sudu besar 2 kali sehari.
Nie cara cikpooja kurus secara alami…Selepas berpantang…baby dah 2 bulan…baru cikpooja amalkan minum ni…lelemak pon tak tepu lagi sebab baru habis pantang..sebab tu senang nak kikis.
Kalau lelemak kome dah jadi lemak tepu…bertabah la yea…lambat cikit la dia nak cair….. Apa-apa pon yang kita buat…bergantung pada usaha konsisten nya seseorg tu yea…sbb kita ni Allah cipta kan sama…tapi berbeza…mohon hadam.
Seorang pempengaruh wanita, Nur Syahirah, 28, atau lebih dikenali sebagai SchaYang, meninggal dunia malam tadi, dipercayai akibat sesak nafas, hanya seminggu selepas mendirikan rumah tangga.