Hormon Jadikan Pokok Berbuah Super Lebat, 2 Bahan Penguat Ni Kena Ada, Wajib Cuba!

Share

Bagi anda yang gemarkan aktiviti berkebun dan bercucuk tanam, menantikan pokok yang ditanam sekian lama mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah lebat pastinya dinantikan sekian lama.

Perkongsian tip oleh pekebun Thailand yang dikongsikan oleh Hafizah BT Ibrahim Fizah

ini pasti buat anda tersenyum lebar. Booster penguat hormon yang dikongsikan olehnya langsung tidak terjangka dek akal kita. Menariknya hanya gunakan dua bahan ini iaitu telur
dan yakult. Hebat!

Kalau nak pastikan pokok berbuah lebat sampai patah dahan, jom ikuti cara yang dikongsikan olehnya.

Hormon Bagi Pokok Berbuah (Hingga patah dahan)

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 botol yakult

Caranya:
1. Masukkan dan campur kedua-duanya ke dalam botol air mineral 500 ml.

2. Goncang dan biarkan diperam selama 3 hari.

Tip nak gunakannya pula begini:

Untuk semua jenis pokok

Untuk semburan/spray keseluruhan pokok:
Ambil 2 hingga 3 sudu makan campur 20 litre air.

Untuk siraman ke tanah:
Ambil 5 sudu makan campur 20 litre air.

Spray dan siram setiap 7 hari.

Selamat mencuba!

Kredit: Hafizah BT Ibrahim Fizah

IKLAN