Hati ibu mana yang sanggup melepaskan dan tinggal berjauhan dengan anaknya, apatah lagi jika anak masih kecil. Umumnya kehidupan anak-anak ini sangat bergantung harap pada ibunya dalam melakukan segala hal.
Namun ujian ini jugalah yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Fana ini. Berkongsi saat sedih terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 3 tahun angkara Covid-19.
Video dengan kepsyen “Tak pernah terlintas dalam kepala nak biarkan anak umur 3 tahun naik ambulans sorang-sorang. Tapi, anak ibu kuat!” benar-benar menyentuh hati warganet hingga mendapat tontonan 796.8 ribu kali di laman Tiktok.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat ibu memimpin tangan anaknya untuk diserahkan kepada pegawai kesihatan yang sedang menanti untuk dibawa ke pusat kuarantin. Video ini cukup menyentuh perasaan, apatah lagi bila melihat lambaian ibu kepada anaknya sebelum berpisah. Cukup menyentuh perasaan!
Namun betapa kuat dan tabahnya hati anak ini, tidak sedikit pun mengalirkan air mata atau menolak untuk dibawa ke pusat kuarantin.
Menurut Fana anaknya tidak sedikit pun menangis sebab sebelum hantar anak ke ambulans dah cakap dengan dia, nanti pergi jumpa Ayah. Ayah dia dah kena hantar di MAEPS sehari sebelum.
Ads
“Husband ke Maeps 2/7. Anak ke Maeps 3/7. Ibu ke Hosp Sg Buloh 3/7. Doakan kami sekeluarga cepat sihat dan boleh jumpa semula.”
Mengandung & Positif Covid-19
Terbaharu Fana turut berkongsi keadaan dirinya yang kini sedang mengandung 32 minggu turut disahkan positif. Dan kini dia telah dihantar di hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.
Apa yang pasti, berat mata kita yang memandang berat lagi bahu mereka sekeluarga memikulnya. Bersamalah kita doakan akan keluarga ini segera sembuh dan dapat bertemu semula. Amin…
Susahnya bila nak masak, tiba-tiba sinki tersumbat. Air penuh sinki, tak boleh keluar. Siap ada bau busuk pula. Lagi satu, proses memasak pun jadi lambat.
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ni tentu agak sukar nak suruh tukang paip datang rumah. Apa kata beli barang aje di kedai hardware atau secara online untuk ‘clear’ kan sinki tersumbat.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian Puan Syafini Hassan. Mudah aje, confirm ‘settle’ masalah.
Lepas ni tak perlu tunggu suami atau panggil orang datang repair, ibu-ibu boleh buat sendiri je. Tak caya, jom tengok caranya. Mudah je pun.
SINKI SUMBAT? SINKI BAU SAMPAH!! BACA TIPS KAK PIN NI
Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.cari- cari tak Jumpa plak puncanya.. Sampah dah clear. . Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi . Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan.. ( tapi masih dipantau hihi ) . Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh klik kat gambar untuk step by step
Follow kak pin, like & share post ni kalau bermanfaat okeyyy..
BAHAN-BAHAN:
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tuu.. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli kat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol camni dalam rm16. Ok la tu… Daripada panggil plumber sampai beratus.
Ni rupa soda tu.. Berkeping-keping. Kalau boleh jangan pegang direct. Chemical.
CARA MEMBUAT:
1.Mula-mula, jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas je.
2.Kemudian, keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.
3.Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.
4.Selepas itu, tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.
5.Kemudian, tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
6.Haa.. Kan dah kabo… Ada wap air tu. Pastu tuang air sampai habis. Siap!
Bersih dah sinki kita. Kalu ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak payah tunggu sinki sumbat baru nak cuci ye.
Memula kita kluo cari kain.. saya beli yg murah² je.. ikut kemampuan sendiri, bukan kemampuan orang lain tau.. saya dah catat siap² ukuran sofa (length x width x height).. sampai kat Nagoya, towkey kedai boleh syorkan berapa meter nak pakai kain ikut ukuran kita kasi..
Selain dr kain, saya cadangkan prepare jugak alat² lain untuk projek sofa buruk ni.. di antaranya
– benang (saya pakai benang biasa je)
– jarum (refer gambar untuk jarum yang saya pakai). Jarum pelbagai saiz dan bentuk.. beli kat kedai jahit rm 9.50.. yg guna cuma jarum
no 1 dan 7 je pon.
– stapler gun (bullet dia saya guna yg 8mm, bole refer gambar jugak). Bullet stapler gun beli kat kedai alat tulis..tak ingat baper RM. saiz 8mm
– screwdriver flat head kecik + playar (yg ni guna untuk korek bullet stapler yg lama dan juga kalu tersilap stapler dlm proses DIY nanti)
DIY sofa buruk ni takde guna mesin jahit.. proses cuma stapler dan jahit tangan je..
Sofa buruk 1 yang bahagian atas tu dah
pernah sarung kain lain, tapi dah lusuh
balik.. sofa ni jenis ada ruang simpanan
kat bahagian bawah..
Step 1 : Memula bukak segala skru untuk pisahkan bahagian atas and bawah.
Step 2 :
Sofa jenis ni straightforward je.. potong
kain ikut ukuran sofa, ukur sekali tinggi
sofa tu.. dan lebihkan kain untuk stapler
ke bawah sofa.. lipat kasi cantik bahagian
tepi u.
Jahit lipatan kat bahagian tepi sofa..
Ni hasil bila dah siap jahit.
Sofa cleopatra
Ni sofa buruk no 2.. Cleopatra sofa ke
apa nama dia.. kesan koyak tu hasil
tangan anak meow pada suatu ketika dahulu.
Step 1 :
Kita buka lapik bawah sofa standby
vacuum untuk sedut habuk yg bertahun
terkumpul.
Step 2:
Getah sofa dah kendur.. saya malas nak
cari baru, kasi tarik tegang skit then
stapler 3 4 round. harap-bertahan la
hendaknya.. huhuhu
Step 3:
Saya mula dari bahagian tangan belah depan.. macam yg disyorkan dlm link yg saya tempek kat post saya..
Step 4
Pastu kasi jahit yang bahagian curvy? tu
saya gunting then tarik and jahit.. janji dari depan nampak kemas..
Step 5
Setelkan dulu bahagian bawah dan belakang.. sebab senang. bersegi je..
Step 6
Part ni yg mencabar.. bahagian sandar tu
saya stapler dari belah belakang + jahit
guna jarum bengkok, then tarik tegang
kain ke depan and selit masuk celahs sofa. pastu stapler.
Yg bahagian duduk tu pon sama. Stapler
then jahit, pastu tarik tegang selit celah
sofa… Then stapler lg..
Step 7
Last sekali tutup bawah sofa guna apa
kain then pasang kaki. saya guna kain
asal sofa ni jugak.. belah bawah,
bukannya nampak.
Tips..
1 – plan dulu part mana yg nak di cover so that hasil nampak lebih kemas
2 – potong kain jangan ngam², kasi lebih banyak skit takpe..
Hangat diperkataan kini dikalangan warganet mengenai produk memasak yang harganya mencecah hingga lebih RM7000. Menariknya produk ini boleh memasak dengan memaparkan lebih 57,000 menu pelbagai jenis resipi dengan mudah dan cepat. Bagaikan ‘periuk ajaib’ untuk para isteri menyediakan menu istimewa hidangan seisi keluarga.
Thermomix adalah produk canggih direkacipta dengan menggunakan teknologi Jerman. Nama seakan robot ini, kemunculannya ini dimedia sosial ketika PKP menjadi bualan hangat dikala ramai antara rakyat Malaysia menghadapi krisis kewangan akibat penularan wabak covid-19 sehingga kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan B40 dan M40. Warganet berpendapat, produk ini tidak berbaloi untuk dimiliki, namun ada juga sebaliknya. Untuk rekod produk ini telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun lepas.
Tidak dinafikan produk canggih membuatkan ramai isteri-isteri teruja namun mimpi ngeri buat suami apabila harganya mahal.Ramai meluahkan rasa kecewa pada harga jualan produk itu.
Dalam pada itu, penjual produk ini, Mohd Yazid Ismail memohon maaf melalui facebooknya. Beliau menjelaskan produk itu disasarkan kepada golongan yang berpendapatan tinggi.
Saya minta maaf pada yang berkenaan. Yang kena tag oleh isteri masing-masing, yang gusar dan susah hati disebabkan oleh status saya yang viral pasal Thermomix tu.
Saya baca komen-komen dan hati saya tersentuh.
Malam tadi ada seorang lelaki call saya, dia kata isteri suruh. Dia tanya macam mana nak dapatkan Thermomix? Bila bagitahu harga, dia hampa dan kecewa. Isterinya nak sangat katanya. Bagus dia sayang isteri.
Tapi, itu lah, isteri kadang-kadang dia tahu tak mampu tapi dia hanya nyatakan impian je. Bukannya dia nak dapat terus. Kira macam window shopping je. Mereka faham kewangan keluarga.
Saya faham dapur robot ni memang mahal. Tapi untuk pengetahuan, ramai yang beli ialah golongan M40.
malah ada beberapa orang dari B40. Mereka beli selepas buat research betul-betul, bukan beli gitu je.
SESUAI UNTUK IBU MENGIDAP TEKANAN TERUK
Widyana Ali cerita kat saya, ada 3 orang kawannya yang beli Thermomix adalah ibu-ibu yang mengidap depression yang teruk, termasuk bipolar. Ini bukan penyakit biasa-biasa. Bila dah ada Thermomix di rumah mereka, tahap depression dapat dikurangkan secara berterusan.
Banyak kali mereka ucap terima kasih kepada Widyana sebab jual Thermomix kat diorang. Alhamdulillah. Urusan di dapur jadi sangat mudah dan tenang.
Dua tiga hari ni, ramai lelaki yang pm sebab nak belikan hadiah untuk isteri. Siap bayar cash on the spot. Alhamdulillah mereka ada duit. Tapi ada yang pm nak beli untuk isteri tapi tak mampu, saya faham, semoga niat murni mereka diberi ganjaran oleh Allah.
CANGGIH SETANDING HARGA
Kehebatan produk ini memang tidak dinafikan setelah mampu menyediakan beribu resipi. Memang superb!
Ini padangan menerusi FB seorang suami, Muhammad Yusoff Masing-masing punya pandanga tersendiri.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli berapa 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak halang pun sape nak beli. Siapa yang banyak duit tu boleh je pi beli cuma kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak?
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur:
PILIH BARANG KEMAS
Dalam pada itu, seorang doktor yang sering berkongsi cerita tentang perubatan turut memberi pandangan mengenai alatan memasak ini.
Menerusi Facebook, Sakinah Sulong berpendapat bahawa lebih bermanfaat membeli barang kemas berbanding produk berkenaan.
RM7K utk Thermomix? Tidak, terima kasih Duit suami elok dia belikan saya emas. Pandora pun blh, upah saya masak hari2
Apa yang pasti, produk ini memang superb! Memang idaman ramai para isteri-isteri. Min pun ’mengidam ni. Apa pun, ada pro dan kontra. Yang jelas, kena tepuk dada tanpa poket.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.