“I Am Sorry.” Masukkan Putik Bunga Dalam Hidung, Comelnya Cara Alisa Minta Maaf Buat Ramai Terhibur!

Share

Ibu bapa mana yang tak cemas bila berlaku insiden tak diingini ke atas anak kecil mereka. Demikian juga situasi yang dialami Hanis Zalikha baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian, Hanis berkongsi kisah anak perempuannya Alisa memasukkan putik bunga ke dalam hidung.

Cerita hari tu. Masa tengah bukak bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung and kata sakit sakit! Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu. Menjerit Mommy “Alisa did you put this in your nose?!”

dia pun menjerit jugak “I AM SORRY MOMMY”. Ahahahaha tiba-tiba cakap sorry ni, betul lah tu. Check mata kasar memang clear je lubang hidung dia tu.

 

Menurut Hanis lagi, Alisa mengambil putik bunga daripada bungkusan hamper yang dibukanya sebelum itu. Mujurlah suaminya, hairul Azreen ada membeli kelengkapan untuk waktu kecemasan .

Selepas memeriksa sendiri, pasangan ini kemudiannya membawa Alisa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Nasib baik Daddy rajin beli gadget2 untuk check telinga lah apa lah. Berguna time cemas. Terus ke emergency dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor 😅

 

 Rata-rata selebriti dan warganet berkongsi rasa bimbang dan tak kurang yang berkongsi pengalaman yang sama.

mfmirafilzah Allahuakbar mcm mana sampai boleh sedut ke dalam hidung tu. Ee good girl dia ni strong girl!
dianadanielleb Ayyy darling 😂 sementara nak membesar ni macam2 benda kreatif dia surprise mummy daddy kan
puanmudasufian Eee sama perangai dgn ank kedua sy. Masuk plastik dlm hidung. Ank kedua ni mmg adventure sikit😂
c.k.n.r adik sedara sy masuk bateri kecik dlm lubang hidung dia. 2-3 hari dia senyap mcm ada x kena. sampai ada lendir bewarna keluar terus bwk emergency baru tahu ada bateri 🤦‍♀️
yanayzzat98 I once pernah masukkan kacang tanah dlm hidung masa baya baya alisa niii !!!! And yes kena pergi jumpa doctor utk keluarkan hahahahaha what a memories . Mesti smpai besar alisa ingat 😂😂😂
nourah_jones Alhamdulillah.. Bdk2 mmg mcm tuh dulu anak saudara i bubuh kacang dlm lubang hidung..pastu ckp mama sambil tunjuk hidung dia adoiii..😅
IKLAN