“I Love You Suami.” Risteena & Isa Khan Sah Bergelar Suami Isteri. Tahniah!

Share

Perancangan asal pasangan ini sepatutnya bernikah pada 20 November tahun lalu, iaitu sehari selepas Risteena genap 30 tahun. Namun kerana situasi semasa pandemik, majlis itu dianjak ke tahun ini.

Pagi tadi, pasangan ini selamat diijabkabulkan. Risteena Munim selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Isa Khan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin kira kira jam 10.30 pagi tadi.

Pasangan sama padan sama cantik yang  memilih busana sentuhan Ezuwan Ismail  itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainul Ilyas Zainul Abidin

Majlis serba ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu dihadiri keluarga dan teman rapat.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000. Bagaimana jumlah wang hantaran tidak dimaklumkan.

“Tadi sebelum nikah jantung berdegup laju. Tapi selepas selesai majlis lega sikit. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.

“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin.

“Selain kesungguhan diri, kejujuran hatinya buat saya yakin… dialah yang akan sama sama membina kehidupan mendatang bersama sama,” kata Risteena.

Dalam pada itu, Isa turut merakamkan sebuah lagu berjudul Karunia Terhebat sebagai meraikan simbolik kisah cinta mereka.

Pemilik nama penuh Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan ini berharap dapat terus membahagiakan isterinya sampai bila bila.

“Dia wanita hebat. Cinta dan kebahagiaan yang dia berikan kepada saya selama ini sangat luar sangat biasa. Saya tidak mahu mempersiakannya.

“Saya menghargai apa yang dia lakukan selama ini,” katanya.

Risteena dan Isa berkenalan kira-kira pada tahun 2019 ketika menerajui drama Bulan Di Kota Langit yang disiarkan TV Okey.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 selepas lima bulan berkenalan.

IKLAN