Anak yang autistik kelihatan sama seperti kanak-kanak lain. Rupa parasnya yang sempurna langsung tidak memperlihatkan akan masalah yang dihadapinya.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal atau pervasive developmental disorder yang melibatkan fungsi otak. Ia juga dianggap sebagai kecacatan neurologi yang berkaitan perhubungan sosial, komunikasi ,emosi dan pola berkaitan minat, aktiviti dan sikap.

Ia biasanya mula terjadi kepada kanak-kanak seawal usia tiga tahun dan melibatkan masalah dengan integrasi deria.

Soal pemakanan untuk kanak-kanak autistik perlu diberikan perhatian yang sama seperti perkembangan sosial mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa sebaiknya mengambil tahu dan mengenali jenis makanan yang diperlukan untuk anak mereka.

Ibu Ayah Kena Elakkan Anak Austistik Ambil 9 Jenis Makanan Ini

IKLAN

Karbohidrat Tanpa Gluten

Ibu bapa disyorkan memberikan anak makanan daripada sumber karbohidrat tetapi tidak mengandungi gluten seperti kentang, beras dan ubi-ubian. Gluten adalah sejenis protein yang terdapat pada gandum dan tepung. Gluten mengandungi komponen protein yang disebut sebagai peptida. Dengan gluten, ia akan membuatkan otak menjadi lebih agresif. Makanan tinggi gluten seperti bijirin, mi, roti dan kuih-muih patut anda hindarkan.

Diet Feingold & Diet Failsafe

IKLAN

Diet Feingold ini pada awalnya diperkenalkan oleh Ben Feingold yang dibuat khusus untuk anak-anak hiperaktif. Namun ia menunjukkan adanya keserasian terhadap anak-anak Autistik. Diet Feingold dan Diet Failsafe ini melarang sama sekali pengambilan makanan yang mengandungi pewarna, perisa, bahan pengawet, serta beberapa jenis pemanis buatan yang banyak terdapat di dalam pembuatan roti, kek, mi serta manisan lain. Anak-anak mula menunjukkan perkembangan positif terhadap diet ini.

Elak Asid Salicyclic

IKLAN

Diet tanpa sejenis asid yang dinamakan Asid Salicylic juga dikatakan mampu membantu anak-anak kekal sihat. Asid ini terdapat dalam beberapa jenis buah seperti anggur, plum, buah ceri, tomato dan timun. Diet ini memberikan impak yang cukup baik kepada mereka.

Suplemen dan Vitamin

Ibu bapa digalakkan memberikan anak-anak ini suplemen dan vitamin bagi menambah tenaga mereka. Makanan tambahan daripada sumber omega 3, protein dan juga serat digalakkan untuk diambil setiap hari. Sumber makanan yang disarankan adalah seperti ikan salmon, minyak ikan kod serta ikan sardin.

Elakkan Jenis Makanan Ini:

  • Gula daripada jenis sukrosa, fruktosa atau gula olahan lain
  • Sayur-sayuran yang mengandungi asid salyclclic
  • Semua jenis biji-bijian seperti gandum, jagung, oat serta beras
  • Kekacang seperti kacang soya dan kacang hijau
  • Kentang, ubi dan lobak
  • Rumput laut dan agar-agar
  • Daging yang diproses
  • Susu dan produk tenusuRoti, pasta, mi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI