Ibu Bayi Tercomel Di Dunia Ini Kongsi Resipi Kek Batik Versi Mentua Kesayangannya. Wow Terlajak Mudah & Sedap!

Share

Wankta ini pernah viral di media sosial apabila mengahwini lelaki berbangsa Rusia bernama Asadullah stumbrys . Lebih manis lagi, pasangan ini dikurniakan anak perempuan yang cukup comel sehingga dipilih sebagai antara bayi tercomel di dunia.

Apa tidaknya, bayi bernama Dhuha Sophea Stumbrys ini memiliki wajah seakan-akan anak patung. Ibunya Siti Safuraa Hamzah, 

anak kelahiran Terengganu ini rajin memuat naik gambar dan video berkenaan aktiviti anaknya di instagram miliknya.

Selain gambar dan video anaknya, Siti Safuraa juga turut berkongsi resipi. Baru-baru ini, beliau berkongsi resipi Kek Batik air tangan ibu mentuanya.

Untuk ibu-ibu yang nak mencuba, jom kita tengok resipi yang disediakan ini.


Assalamualaikum semua!!

Memandangkan esok kami dah nak pulang ke Sweden, jadi hari ini mak mertua sediakan kek batik kegemaran menantunya ni .

Pagi-pagi dah gigih mama dan dad sediakan bahan-bahan , jadi sempat saya rakam cara-cara membuat kek batik versi mertua kesayangan saya ni.

So here i will share with u guys!

Bahan

Roasted Walnut – di cincang kasar ( dalam segenggam )

Serbuk Coco – dalam 3 sudu besar ( takde dalam gambar bersama bahan-bahan tu, lupa nak letak sekali )

1 ketul butter – di sini seketul butter 200grm je. So kita kira dalam 200grm jelah ye.

3 bungkus biskut – boleh je pakai biskut marie, tp biskut ni memang sedap rasa nya lain sikit dari biskut marie, memandangkan saya tak rasa biskut ni ada kat Malaysia so guna jelah biskut marie kot kan? Huhu

1 tin susu pekat

Cara buat :

Biskut tu di patah patah kan . Tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Campurkan bersama walnut tadi . ( asingkan dalam satu bekas ). Campurkan susu pekat dan gaul sekata .

( masak )

Cairkan butter dalam periuk masak dengan api perlahan sehingga cair keseluruhannya. Masukkan serbuk coco dan sesudu kecil gula dan gaul sekata . Tutup api serta merta supaya tidak berketul (takut terlebih masak)

Seterusnya :

Masukkan biskut tadi ke dalam plastik / bekas dan mampatkan cantik-cantik ( seperti dalam video yang sy sediakan ) . Lepas tu bolehlah simpan dalam peti ais utk sejukkan dalam sejam dua.

Selamat mencuba!! Boleh rujuk video yang saya sediakan.

Sumber: FB Siti Safuraa Hamzah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

IKLAN