Ibu Chef Wan Meninggal Dunia, ‘Pergi’ Sangat Mudah Semasa Dalam Tidur

Share

Ibu kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya, beliau memaklumkan ibu tercintanya, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.20 pagi tadi.

“Dengan penuh rasa duka cita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagle.

“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.

“Jenazah akan dipersiap untuk dikebumikan di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Alfatihah.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah,” tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Terdahulu, beliau yang kerap berkongsi mengenai keadaan ibunya memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot akibat penyakit kanser.

Allahyarham yang berusia 93 tahun itu turut menghidapi beberapa penyakit termasuk Alzheimer dan dimentia.

Sumber : Instagram Chef Wan

IKLAN