Ibu-Ibu Ikut Cara Ini Jika Mahu Pastikan Bawang Yang Dikisar Tahan Lebih Lama

Share

Bawang antara bahan mentah yang banyak digunakan dalam masakan. Bagi ibu-ibu yang bekerja, masa memasak agak terhad.

Nak cepat dan jimatkan masa, boleh cuba kaedah ini. Kisarlah bawang banyak-banyak untuk memudahkan kerja memasak nanti.

Usah risau kalau bawang tu busuk, ada petua macam mana nak pastikan bawang tersebut tahan lebih lama.Caranya adalah dengan meletakkan sedikit garam dalam bawang yang hendak dikisar. Kemudian simpan bahan kisaran dalam bekas kaca sebelum disimpan dalam peti sejuk. Buat pengetahuan ibu-ibu semua, petua ni juga sesuai untuk bahan kisaran yang lain termasuk cili kering dan halia.

Sumber: Petua Ibu

 

 

IKLAN