Urusan mengemas rumah memang memenatkan. Tambah lagi apabila mempunyai anak yang ramai. Antaranya menguruskan pakaian anak-anak. Jika tidak diuruskan dengan betul secara konsisten, pasti menggunung tinggi kain yang tidak berlipat. Usah pening kepala, perkongsian oleh ibu Hani Mynis dilaman facebooknya sungguh bermanfaat. Jom ikuti caranya!

___________________________________________________________________

Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian . Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang hani paling malas nak buat ialah melipat baju.

Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani ckp kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”. Memandangkan sebelum ni pun mmg dah sangkut dua penyangkut tu utk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dlm bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ. 

Nampak mcm tak banyak je kan baju harian nya  tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yg hani buang dan dermakan. Sbb kadang2 mmg jenis suka menyimpan pakaian kan tp pakai nya baju yg sama berulang2 haha so simpan yg akan dipakai shj.

Untuk tips pengurusan pakaian hani:

kena buat spring cleaning baju yg banyak2 (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju2). i.e

❤️baju yg dah tak muat boleh diberi orang 
❤️baju yg koyak (yg kita rasa kita akan jahit tp dah lebih sebulan tak jahit2, boleh lah dibuang haha sbb kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan haha)
❤️baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) boleh lah dibuang 
❤️baju free atau baju promosi yg kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.

IKLAN

gunakan rule ni: satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jgn beli. Haha perempuan nak bersederhana bab ni mmg payah. Tp dah dua tahun, ini lah prinsip hani haha. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha

Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.

Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi2 nak pg kerja.

untuk tuala, khaskan dua helai tuala utk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorg takda dryer haha. Sediakan dua tuala utk tetamu.

untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yg sebetulnya utk melipat cadar supaya lebih kemas.

IKLAN

mana-mana pakaian yg lebih2 yg rasa nak simpan, boleh simpan tp simpan dlm bekas tertutup (utk elakkan debu bertahun) dan pastikn bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dlm tu.

Ibu Ini Kongsi Cara Nak Kemas Baju Supaya Lebih Sistematik. Sungguh Inspirasi!

Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil , atas bahagian Hani, bawah bahagian suami. Seronok je tengok bakul tu kosong je selalu haha. Hanya guna utk masukkan baju basah dari mesin basuh

Ibu Ini Kongsi Cara Nak Kemas Baju Supaya Lebih Sistematik. Sungguh Inspirasi!

IKLAN

Atas bahagian baju basah utk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju.  Bawah bahagian hanger.

Bila jemur baju, hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah ?

Tips kalau nak jemur baju dalam rumah:

pakai pencuci baju yg sesuai utk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze utk jenis liquid ?

jemur sebelah tingkap sedekat mungkin

ada pengudaraan tambahan (on kipas)

jgn jemur baju banyak2 sekali gus (jarak2 baju) – dalam gambar ni baju ni dah kering haha tak transfer ke bhgn kanan lg

Ibu Ini Kongsi Cara Nak Kemas Baju Supaya Lebih Sistematik. Sungguh Inspirasi!
Open wardrobe bahagian Aqil . Baju harian Aqil. Atas baju kering, bawah baju basah sebab Aqil selalu tolong ibu jemur baju dia sendiri. So rendah senang dia sangkut.
Ibu Ini Kongsi Cara Nak Kemas Baju Supaya Lebih Sistematik. Sungguh Inspirasi!
Shawl – susun ikut warna, satu warna satu shj.
Ibu Ini Kongsi Cara Nak Kemas Baju Supaya Lebih Sistematik. Sungguh Inspirasi!
Cara yang betul untuk melipat cadar dgn kemas. Dlm lipatan tu nnt simpan sekali sarung bantal
Ibu Ini Kongsi Cara Nak Kemas Baju Supaya Lebih Sistematik. Sungguh Inspirasi!
Tips utk menderma baju: ✅asing-asingkan baju utk lelaki dan perempuan – senang utk pengurusan asrama letak kat hostel perempuan dan lelaki terus ✅pastikan baju yg nak diberi masih elok jahitan dan warnanya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI