Ibu Ini Kongsikan Cara DIY Cerahkan Tangan. Memang Mudah!

Share

Walaupun sudah bergelar ibu, pastinya setiap wanita inginkan kelihatan cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Tidak bermakna, mempunyai anak-anak, ibu-ibu tidak menjaga penampilan diri. Semua ini penting untuk penampilan diri agar sentiasa cantik di mata suami. Selain mencuba tip perut kempis atau rambut bersinar, ibu-ibu mesti cuba cara cantikan tangan atau dengan kata lain, putihkan tangan. Dah tak perlu pergi spa untuk melakukan semua ini, cara DIY di rumah aje dah cukup. Memang bajet sangat. Lepas ni, tangan yang agak gelap akan kelihatan cantik. Tentu encik suami suka lihat tangan isteri cantik gebu! Ikuti cara DIY yang dikongsi oleh ibu muda ini, Azzatie Intan Suraya

.

Berikut bahan-bahan yang digunakan:

1 tbs soda bikarbonat
1 biji limau nipis
1 genggam asam jawa
Lotion vaseline

 

Caranya:

Campurkan semua bahan yang disediakan. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian gosok tangan. Kemudian perap tangan selama 15 minit. Akan kelihatan hasil yang berbeza. Sebelum dan selepas. Sebagaimana yang dikongsi oleh Puan Azzatie Intan Suraya. Jom DIY kat rumah!

Campurkan bahan-bahan tadi
Gaulan sehingga sebati
Perap selama 15 minit dan ini lah hasilnya selepas melakukan proses pencerahan secara DIY ini.

Selamat mencuba!

 

IKLAN