Sifat bawang putih yang kecil dengan ulasnya yang runcing membuatkan ia cukup sukar dikopek. Bukan itu sahaja, malah ia mengambil masa untuk memasak dengan lebih pantas.
Disebabkan itulah ada wanita yang sanggup membeli bawang putih yang sudah siap dikopek. Selain cepat dan mudah, tak perlulah anda fokus pada ulas bawang yang kecil dan menyukarkan.
Namun ada caranya untuk anda kopek bawang putih dengan lebih pantas. Pastinya ia lebih menjimatkan masa anda di rumah. Anak-anak pasti tak merungut kalau diminta mengupas bawang. Kerja jadi mudah. Cuba ni!
Rendam Air
Salah satu cara adalah dengan merendamkan bawang putih di dalam air. Leraikan satu labu bawang putih dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi air. Biarkan seketika kemudian barulah dikupas kulitnya. Lihatlah hasilnya.
Ads
Goncang
Cara ini sedikit berbeza namun sangat membantu. Leraikan satu labu bawang putih dengan menekannya dengan kuat. Kemudian golek-golekkan dengan tapak tangan. Apabila kesemuanya sudah terpisah, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncangkan dengan kuat beberapa kali. Buka dan lihat hasilnya, bawang anda sudah sedia terkopek dengan sendirinya.
Guna Pisau Rata
Pisahkan butiran bawang putih satu persatu dan tekan menggunakan pisau rata. Pastikan permukaan landas rata dan sekata. Tekan dengan pisau dan hasilnya bawang putih dan terkopek. Buanglah kulitnya.
Ads
Panaskan Dalam Microwave
Jika anda memiliki microwave di rumah, masukkan bawang putih ke dalam microwave dan panaskan selama beberapa minit. Hasilnya kulit akan mengelupas dengan sendirinya.
Ads
Bungkus Kain
Menggunakan kain juga adalah petua yang mujarab. Pisahkan labu bawang putih satu persatu kemudian bungkus bawang putih dengan kain. Buat bunjut kemudian gosokkan dengan menggunakan tangan. Ini akan membuatkan kulit bawang menggelupas dengan mudah.
Alat Silikon
Yang perlu anda tahu, sejenis alat khas dicipta untuk memudahkan proses mengupas kulit bawang ini. Silikon khas ini boleh anda dapati di kedai menjual peralatan dapur. Masukkan seulas bawang putih ke dalam bekas silikon kemudian tekan dan golekkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebelakangan ini tular tentang video eksperimen sosial seorang oengguna Tiktok yang melakukan ‘prank’ menekup sebiji kek pada muka seorang wanita.
Video tersebut mendapat kecaman ramai kerana dianggap sebagai melampau sehingga mendapat perhatian dari penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang tampil menjelaskan mengenai hukum ‘prank’ keterlaluan dari sudut agama setelah ada orang mengajukan soalan tersebut.
“Zaman sekarang macam-macam budak nak tarik perhatian orang, buat prank lempar kek atas muka orang. Apakah hukumnya?” soalan yang diajukan.
Kata Ustaz Azhar atau lebih mesra disapa UAI berkata, kita sepatutnya menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam bergurau dan situasi serius.
“Kita Islam ini yang terbaik. Serius pun Rasulullah, bergurau pun Rasulullah. Contoh terbaik adalah Rasulullah. Dia (baginda) bergurau tak macam kita bergurau.
“Kita macam orang hilang akal. Nak buat kandungan media sosial supaya banyak dapat tontonan, yang haram pun haramlah.” katanya.
Tegas UAI, kita sepatutnya meletakkan batasan dalam bergurau supaya tidak berlebihan.
“Sebab itu, apa jadi sekalipun, iman dan Islam jaga kita. Kamu layan TikTok, dengan iman dan Islam. Kamu layan YouTube, dengan iman dan Islam.
“Kamu buat kandungan video untuk Facebook, dengan iman dan Islam. Maknanya akidah tak lari, syariat kita betul.” jelasnya.
Dalam pada itu, UAI menekankan tidak salah untuk melakukan konten asalkan jangan sampai tertinggal iman dan Islam.
Selepas dikecam teruk, Daing tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan video berkenaan hanya lakonan semata-mata bagi memenuhi slot program Raja Viral.
Jelasnya, dia sudah berbincang dengan mangsa yang merupakan ibu angkatnya sendiri. Difahamkan, video ‘prank’ tersebut bertujuan sebagai sosial eksperimen untuk melihat reaksi rakyat Malaysia.
Walaupun sudah lebih 6 bulan pemergian penyanyi terkenal Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, namun nama beliau masih lagi menjadi sebutan orang malah lagu-lagunya turut diputarkan di stesyen radio.
Semalam, semasa suami beliau Shuib melakukan sesi Live di laman Instagram miliknya di dalam kereta, tiba-tiba kedengaran musik latar yang cukup dikenalinya iaitu lagu yang bertajuk ‘Kesetiaan’ yang diyanyikan oleh isteri tercinta.
Pelawak dan juga pemilik kedai Bumblebee itu akui dia tidak pernah lagi menyanyikan lagu tersebut seumur hidupnya meskipun sewaktu Allahyarhamah isterinya masih ada.
Menerusi rakaman yang sempat diambil oleh pemilik Tiktok itsmemyjaaaa, Shuib sempat membawakan lagu tersebut dengan tabah meskipun kedengaran getar suara menahan sebak di penghujung lagu.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai sehingga mencapai lebih 500 ribu penonton dan di ruangan komen rata-rata turut merasa sedih. Malah, ada yang mengakui dengar sahaja lagu tersebut terus mengingatkan mereka terhadap arwah.
Baru-baru ini tular lagu ‘Kesetiaan’ selepas dinyanyikan oleh peserta dalam satu pertandingan nyanyian yang mengundang sebak juri, iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai yang terkenangkan Allahyarhamah.
Terdahulu, Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah mendirikan rumahtangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan 4 orang zuriat.
Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021. Arwah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 ketika sarat mengandung. Berita kematian beliau mendapat perhatian seluruh negara termasuklah negara-negara jiran yang turut mendoakan beliau.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tanggal 21 Mac adalah merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang menghidapi sindrom down di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kami kongsikan kisah seorang ibu yang dianugerahkan anak syurganya yang bernama Muhammad Aqmar Bin Muhammad Amin, 12 tahun dan kini bersekolah di Ppdk Tunas Sri Teruntum.
5 KEHAMILAN 5 PERASAAN BERBEZA
Anak sulungku Down Syndrome. Kelahiran pada usiaku 26 tahun. Aku mengetahuinya setelah anakku ke luar ke dunia dengan masalah jantung dan tandatanya mengapa bayiku tidak diserahkan kepadaku untuk disusukan. Allah tidak mengujiku semasa kehamilan. Hanya cabaran muntah teruk dan hamil bersendirian di Borneo tanpa suami dan keluarga disisi. (2006-2007).
CABARAN SELEPAS LAHIR ADALAH TENTANG PERANCANGAN KELUARGA
Hari pertama kelahiran, dengan anak yang tiada disisi, terus dihujani dengan pertanyaan nurse ” macam mana awak nak buat perancangan keluarga selepas ni?”. Pertanyaan yang tak terjawab sebab 3 orang doktor berlari-lari menemuiku di katil pesakit dan menyatakan, “ibu, anak ibu abnormal”.
2 minggu kemudian, datang appoinment doktor seterusnya untuk lihat perkembangan bayi dan penerimaan ibu bapa. Ditanya juga tentang perancangan keluarga.
Ketika usia anakku 10 bulan, kami dirujuk kepada pakar O&G tentang perancangan kehamilan dan risiko yang wujud. Bertekak juga dengan doktor, kalau Allah bagi rezeki bukan kami nak tolak. Kami tak menggunakan apa-apa perancang keluarga pada masa tu.
Ini baru anak pertama. Keinginan menambah anak memang ada. Tapi bagi ibu yang punya anak DS pastinya ada trauma untuk mengandung lagi. Takut-takut kandungan seterusnya mengalami nasib yang sama. Macam mana perkembangan anak istimewa kalau mempunyai adik lagi. Adakah perkembangannya akan terabai. Ada pro and kontra kalau menjarakkan kehamilan atau mendapatkan anak dalam tempoh terdekat.
Kalau jarakkan kehamilan, tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada anak istimewa. Kalau dapat adik awal, ia dapat membantu perkembangan si abang dalam sama-sama bersaing dan membantu abangnya. Ada juga keluarga yang berjaya meningkatkan potensi perkembangan anak istimewa dengan kelahiran yang dekat. Yang pasti aku tak mau hamil bila usiaku 35 tahun. Risikonya nanti lebih besar.
KEHAMILAN SETERUSNYA
Ditakdirkan Aqmar 11 bulan, aku mengandung lagi. Ketika appoinment dengan Pakar Paediatrik Hospital Likas ketika usia kandungan ke2 12 minggu aku menyatakan aku mengandung.
Terus Pakar Paediatrik menghubungi Pakar O&G dan petang itu juga aku perlu berjumpa segera dengan Dr. Carol Lim untuk pemeriksaan lanjut. Urusan temujanji dari hospital dan hospital yang sama cepat dah mudah. Dr. Carol bersyukur kerana belum mencecah 13 minggu. 13 minggu adalah minggu terakhir jika aku ingin buat ujian darah untuk saringan abnormaliti. Darahku di ambil di Sabah dan akan dihantar ke Lab di KL. Bayarannya RM300 ketika itu. First Trisemester Screening untuk mengetahui 3 masalah genetik utama melibatkan kromosom 21, 18 dan 13. Down’s Syndrome, Edward’s Syndrome dan Patau’s Syndrome.
Hasil blood test menunjukkan ratio aku untuk mendapatkan anak DS pada kehamilan ke 2 rendah. Walaupun ratio aku untuk mendapatkan anak DS 2 kali ganda daripada wanita normal tapi tidak perlu dirisaukan. Detail scan dibuat. Bilangan tulang tengkuk dikira.. cukup, ketinggian batang hidung, jarak ibu jari kaki diperiksa. Keadaan jantung sama berlubang atau tidak diperiksa, begitu juga dengan clef bibir. Itu prosedur yang kulalui dari kandungan 13 minggu hingga 9 bulan.
Jika aku nak kepastian YA @ TIDAK anak itu DS, aku boleh buat test air ketuban. Tapi Dr. Carol tidak galakkan sebab risiko untuk gugur jika buat Test Air Ketuban adalah 1:250 akan gugur. “kita takut yang gugur itu normal”. Begitu prihatin Dr. Carol dalam hal menjaga nyawa.
Dari awal pertemuan dengan Dr. Carol, aku diterangkan semua prosedur yang dibuat hanya 99% pasti. 1% lagi ketentuan Tuhan. Dr. Carol mengingatkan ” NO LEGAL ABORTION FOR DOWN SYNDROME IN MALAYSIA”. Walaupun ada negara lain di dunia membenarkan. Di Malaysia, jika kandungan tidak mengancam nyawa ibu atau anak, tidak boleh digugurkan. Down Syndrome boleh hidup. Kalau betul anak itu sah DS, hanya kaunseling yang akan diberikan.
Jadi, sepanjang kehamilan, aku berdoa tak putus-putus walaupun kadang-kadang ada night mare juga terutamanya bila menginjak 8 bulan. Alhamdulillah kandungan ke2 ku normal dan begitu juga dengan kehamilan ku seterusnya.
Anak-anak mama.. dari kandungan lagi mama ajar kamu menerima abang istimewa kamu seadanya. Mama tak akan membebankan kamu untuk menjaga abang kamu. Anak-anak mama akan mama pastikan dapat mengejar impian kamu masing-masing.
Terima kasih kerana memahami mama, abah dan abang kamu. Tiada beza pun kita disisi Tuhan tetapi kedudukan abang kamu lebih istimewa. Maafkan mama seringkali mama tak mampu buat yang terbaik untuk kalian.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.