Ads

“Jangan Masuk Campur Bab Cucu…”, Ibu Mentua Mira Filzah Kongsi Peranan Sebenar Seorang Nenek

Kasih seorang nenek terhadap cucu sememangnya cukup istimewa. Namun, dalam soal membesarkan anak, setiap ibu mempunyai hak dan cara tersendiri yang perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk datuk dan nenek.

Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), berkongsi pandangannya mengenai peranan sebenar seorang nenek dalam kehidupan cucu menerusi satu temu bual bersama Majalah Nona.

Menurut beliau, apabila menerima kelahiran cucu pertama, dirinya turut bertanya apakah tanggungjawab sebenar seorang nenek dan sejauh mana peranannya dalam membantu membesarkan cucu.

“Jangan Masuk Campur Bab Cucu…”, Ibu Mentua Mira Filzah Kongsi Peranan Sebenar Seorang Nenek

Ibu Mentua Mira Filzah Kongsi Peranan Seorang Nenek

Mastura mengakui ramai beranggapan seorang nenek perlu sentiasa mengajar, membimbing atau menentukan pelbagai perkara berkaitan cucu. Namun baginya, tanggungjawab tersebut sebenarnya terletak di bahu ibu bapa.

“Masa saya dapat cucu yang pertama, iaitu cucu perempuan, saya bertanya pada diri sendiri, apakah peranan saya sebenarnya sebagai nenek?

Sebab banyak orang kata, nenek-nenek ini selalu fikirkan masa dan tentang kasih sayang sahaja.

Itu sahaja saya fikir.

Saya juga tak ada fikir nak mengajar cucu saya sesuatu perkara.

Ads

Tidak, itu adalah hak mutlak ibunya.

Sebagai seorang nenek, sepatutnya lebih kepada melihat dan juga mendoakan.

Itu sepatutnya,” katanya.

Beliau berpandangan bahawa kasih sayang seorang nenek tidak semestinya diterjemahkan dengan mengambil alih peranan ibu bapa. Sebaliknya, sokongan moral, doa dan kehadiran dalam kehidupan cucu sudah cukup bermakna.

“Jangan Masuk Campur Bab Cucu…”, Ibu Mentua Mira Filzah Kongsi Peranan Sebenar Seorang Nenek

Ads

Hak Seorang Ibu Dalam Membesarkan Anak

Dalam perkongsian sama, ibu mentua Mira Filzah itu turut menegaskan bahawa seorang ibu mempunyai hak mutlak serta autonomi untuk menentukan keputusan berkaitan anak yang dilahirkan.

Menurutnya, setiap keluarga mempunyai pendekatan dan nilai yang berbeza dalam membesarkan anak-anak. Oleh itu, ahli keluarga lain termasuk datuk dan nenek perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.

“Saya sentiasa percaya bahawa seorang ibu mempunyai hak untuk menentukan sendiri dan autonomi dalam membuat keputusan ke atas anaknya,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan agar golongan nenek tidak terlalu mencampuri urusan membesarkan cucu sehingga boleh menimbulkan salah faham dalam keluarga.

“Menjadi seorang nenek ini, janganlah masuk campur sangat bab cucu.

Tak perlu pun sebenarnya.

Ads

Kita kena menghormati setiap keunikan keluarga yang berbeza,” katanya lagi.

Peranan Nenek Sebagai Penyokong Keluarga

Menurut Mastura, seorang nenek tetap memainkan peranan penting dalam institusi keluarga. Kehadiran mereka sebagai penyokong, pemberi semangat dan individu yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak cucu merupakan satu bentuk kasih sayang yang amat bernilai.

Dalam masa sama, beliau berpandangan bahawa membantu apabila diperlukan adalah lebih baik daripada menentukan segala keputusan berkaitan cucu. Pendekatan ini memberi ruang kepada ibu bapa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih yakin.

Pandangan yang dikongsikan oleh ibu mentua Mira Filzah ini menjadi peringatan bahawa keluarga yang harmoni bukan hanya dibina melalui kasih sayang, tetapi juga melalui sikap saling menghormati, memahami batas peranan dan menghargai setiap keputusan yang dibuat demi kebaikan anak-anak.

Akhirnya, seorang nenek tetap mempunyai tempat yang istimewa dalam hati cucu. Namun, hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu sentiasa dihormati agar hubungan kekeluargaan kekal erat, harmoni dan dipenuhi rasa kasih sayang antara semua generasi.

BACA LAGI : “Kamu Sentiasa Disayangi”, Suami Mira Filzah Titip Doa Buat Anak Membesar Jadi Insan Beriman

Sumber : TikTok

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Inspirasi Bapa 2026! Abbe Hae, Abang Minyak Hitam & Pengasas Autism...

Inspirasi Bapa 2026 menyaksikan Mohd Adli Yahya, Abbe Hae dan Abang Minyak Hitam Jalanan menerima Anugerah Khas atas jasa, pengorbanan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.