Ibu Nak Bancuh Air Nescafe Di Rumah Macam Kafe Ternama. Ikut Je Cara Lelaki Ni Buat!

Share

Setiap pagi tentu ramai antara ibu-ibu memilih untuk memulakan hari  dengan secawan kopi agar lebih bersemangat dan aktif.  Boleh dikatakan kopi merupakan minuman yang cukup menyegarkan dek kerana aromanya yang teristimewa.

Pun begitu, bagi peminat minuman beraroma ini, hakikatnya mereka cukup pandai menghayati rasa yang sempurna.Bahkan ada rahsia bancuhannya yang tersendiri dan dengan sebab ini juga tidak semua ‘pandai’ mengadun bancuhan agar rasanya sedap dan menepati citarasa.

Buat anda yang ingin tahu lebih lanjut, bagaimana menghasilkan bancuhan minuman yang kaww dan mempunyai rasa berlemak, ini telah dikongsikan oleh Wan LuQman Via MAHN. Lelaki ini punya pengalaman berbelas tahun bekerja di starbuck, jadi pastinya anda beruntung mengetahui rahsia ini. Selamat mencuba!


Salam 1 jemaah nescafe…saya tak pandai masak.
Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja distarbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.

Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya..

Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu…kite menci 3in1

Kepada penagih sekalian alam….Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah…jangan gelas besar..280 – 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih…sebab tu perut kau buncit tak kempis2…yang disalahkan, nasi…kesian nasik

Ini Rahsia Nak Buat Air Nescafe Tersedap!

Rahsia 1 :Sesudu kecik nescafe. Tapi jangan penuh menggunung ok

Rahsia 2 : Susu cair dalam 2-4sudu kecil
Rahsia 3 : Susu manis 1setengah sudu hinggan 2sudu kecil
Rahsia 4 : Campurkan dan kacau sekali

Rahsia 5 : Warna bila dicampur dan dikacau…waktu ni bau macam dekat starbucks kononnya…hahah

Jangan risau, ini just nice tak bermanis. Sebab aku x suka minum manis2. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya

Rahsia 6: Lepas dah kacau tadi, baru tuangkan air yang betul2 panas mendidih!

Dah siap…memang sedap…jangan ketagihan sudah lah. Perhatikan warnanya…warna sungai pahang ini lah yang kita nak.

Kalau nak thrill lagi, letak sesudu minyak kelapa dara. Ikan diair sudah ku tahu jantan betinanya…macam tu lah nescafe..hahaha. Dah terbiasa dengan etika budaya kerja starbucks dahulu kala, never ever fill up the water to the top. Mesti 3/4…

sumber : Wan LuQman Via MAHN
IKLAN