Ibu Ni Buatkan Nugget Ayam Homemade, Nak ‘Pancing’ Anak Makan Sayur. Terbukti Berjaya!

Share

Menyediakan menu nugget yang dibuat sendiri pastinya tidak timbul lagi rasa was-was tentang khasiat makanan itu. Malah kita juga menjadikan menu nugget ini lebih berkhasiat bilamana turut mencampurkan pelbagai pilihan sayur-sayuran di dalam ramuan.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Wan Murni, menurutnya bila dia menyediakan sendiri nugget tersebut boleh dijadikan salah satu trik untuk pastikan anak-anaknya makan sayur. Ini memandangkan ramuan nugget yang dihasilkan akan dicampurkan bersama beberapa sayur-sayuran terpilih.

Mungkin cara ini juga boleh kita praktikkan untuk anak-anak kita pula. Untuk itu, jom ketahui resipi untuk menghasilkan nugget yang enak ini. Jom semak.

“Nugget homemade untuk anak 4 orang…Tak dok la bazir bahagian dada ayam tu..anak-anak  biasa nak bahagian peha jer..jadi mok buat laa sesuatu ditamboh dengan sayur-sayur..deme memang dok makan mane sayo. Jadi belend sekali isi ayam,deme dok tahu laa..”

Wan Murni

Resepi:(ikut suke jer)


Isi ayam
1 biji lobok merah(carrot)
2 biji ubi ketang
1 biji telur (kalu tak bergerak dikisar, masukkan lagi satu biji)
Daun sup(penambahh rasa)
Garam

Lepas belend, tambah tepung ubi kayu 2 sudu besar. Lepas itu kukus selama 25 minit

 

2)bhn salut


Telor
Serbuk roti


Lepas salut, goreng dan siap.

 

sumber : Wan Murni via MAHN

 

IKLAN