Ibu Ni Kongsi Buat ‘Kuping-kuping’ Ayam Goreng Crispy. Rahsianya Gaul 40 Kali, Baru Afdhal. Confirm Jadi!

Share

Resipi ayam goreng ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab bahan-bahan yang digunakan simple je sedap.

Yang penting anak-anak suka kan. Lebih-lebih lagi bahagian ayam yang bersalut tepung menjadikannya ‘kerinting’ atau berkuping-kuping seperti baru dibeli dari kedai. Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi dari Sue Riana  ini.

Si ank mintak ayam goreng. Lama ummi buat R nD mcmna nk bagi kerinting ayam goreng nih. Letak telur tak kerinting gok. Tengok dekat facebook siap ada kelas lagi utk tahu mcmna ayam goreng berkuping2 nih.. Tak kuasa nak msuk kelas boo nk goreng ayam.. Hahaha….bkn kita nk niaga pun…

Hari ni  dah tahu jawapan. Taraa….

Resepi:

Sediakan tepung goreng ayam (kita beli tepung goreng ayam kt shoppe) Tepung BESTARI pun ok.
Air masak sebekas
Ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih. Toskan. Lumur dalam tepung…golek2…


Pastu rendam dalam air lebih kurang 30saat. Jangan lama…
Bila dah toskan, gaul gaul gaul gaul golek golek ayam dalam tepung sekali lagi…gaul banyak kali


Gaul lama2 pun xpo…lebih 40x lg afdhal…Die akan keluar effect kerinting.
Taraaaa. Eh lupa…sebelum tuh panaskan minyak. Kena betul-betul  panas. Api sederhana.. Goreng sehingga golden.Angkat dan tos. Boleh lah kan effect kerinting dan kuping2nye. Bagi newbie mcm kita.

Panjang celoteh ayam goreng jer pun. Selamat mencuba..

Notes:
Tangan yg menggaul ayam pastikan sentiasa kering. So nk celup aym dlm air sila guna kan penyepit.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN