Ikan Percik Menu Paling Merecik! Rugi Kalau Tak Buat Sendiri Untuk Dijadikan Menu Berbuka Puasa Tahun Ni.

Share

Hidangan ikan percik tidak keterlaluan kalau kita katakan antara menu yang paling ‘laku’ menjadi pilihan bila berbelanja di bazar Ramadan. Apatah lagi andai peniaga membakar secara langsung di tapak berniaga, aroma rempah yang terhidu cukup mampu membangkitkan selera sesiapa pun.

Pun begitu sering juga terjadi bila dimakan ketika berbuka, rasa ikan percik tersebut tidak menepati selera kita sekeluarga. Semacam ada sahaja yang kurang rasanya. Jadi untuk lebih puas hati, apa kata kita sediakan sendiri menu ini dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Afy.


Resipi ikan percik ni paling saya sayang selain resipi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.

Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resipi asli. Tak sama macam menu beli.

Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali. Hikhik.

Bahan-bahan :

Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)

– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)


Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal.

Kisar hingga lumat.

 

Bahan untuk kuah percik

– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)

Kisar semua bahan hingga lumat.

Step 1: Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera.
(Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa). Tambahkan 1 senduk air kosong.

Step 2 :Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar (kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.

Step 3 : Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.

Step 4: Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit perencah Hilal. * kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.

Step 5 :  Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.

Step 6 :

Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.

Step 7 : Angkat seketika pemanggang ikan. Lapik pinggan di bawah. Sendukkan kuah percik dan lalukan pada badan ikan depan belakang.

Step 8 : Letak semula pemanggang atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan untuk bahagian atas dan bawah. Ulang dua kali untuk kuantiti kuah melekat lebih tebal.*kuah percik yang disalut tadi akan menjadi lebih sedap setelah dibakar dengan bara api.Baunya juga lagi menusuk jiwa.
Siap

Semoga bermanfaat.

sumber: Afy Al Habibi via MAHN

IKLAN