Ikut Cara Betul Goreng Ayam. Pasti Tak Akan Termakan Isi Ayam Berdarah!

Share

Jangan ingat goreng ayam ni senang seperti goreng nuget. Hanya masukkan dalam minyak panas, kemudian tunggu beberapa minit dan nuget telah siap dimasak dengan sempurna.

Apa yang selalu terjadi bila kita makan ayam goreng, luar nampak garing tapi di bahagian dalam atau isi masih berdarah.  Kalau terkena memang boleh putus selera untuk terus menikmati ayam goreng yang ada di depan mata.

Ayam tidak masak dengan sempurna. Masih berdarah isinya.

Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan. Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.


 

1.    Kelar dan kukus seketika

Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.

2.    Gunakan minyak yang banyak

Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.

3.    Masak  bahagian yang sama

Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak.  Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.

4.    Pastikan api sederhana

Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna.  Sebaiknya gunakan api sederhana.

IKLAN