Ikut Je Step By Step Resipi Kuih Seri Muka Ni, Memang Menjadi! Boleh Buat Untuk Minum Petang

Share

Kuih seri muka memang ada peminatnya tersendiri. Tambah lagi jika lapisan atas santannya lembut dan pulutnya pula cukup rasa lemak santan, makan sekeping tak cukup.

Cumanya yang menjadi masalah ramai yang takut mencuba untuk buat kuih ni kerana risau tak jadi dan tak tahu cara paling mudah nak sediakan.

Bagi yang mahu mencubanya, resipi yang dikongsikan oleh Siti Aminah Basir ini boleh anda cuba.

Langkah nak buat dan sukatan bahan yang menggunakan cawan juga sangat mudah. Anda yang pertama kali nak cuba buat pun lebih yakin.

Seri Muka Pandan  

Bahan-bahannya :-

Bahan Untuk Pulut

3 cawan beras
sekotak santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak

Bahan Untuk Seri Muka

1 cawan tepung gandum
3 sudu tepung jagung
2 cawan air pandan/air
1 cawan gula pasir
satu cawan/ sekotak kecil santan
3 biji telur
1 sudu kecil garam

 

Cara-caranya :-

Cara masak pulut

Rendam 3 cawan beras pulut selama 30 minit. Kemudian kukus selama 30 – 40 minit. Letak minyak sikit nanti dia nampak berkilat cantik bila dah masak. Tapi kalau terlupa pun tak ada masalah. Loyang tu boleh alas dengan plastik tahan panas atau oles minyak supaya senang nak ambil bila dah masak.

Bila pulut dah separuh masak, gaulkan dengan sekotak kecil santan dan 2 cawan air. Garam 1 sudu kecil jangan lupa gaulkan sekali ye.

Masukkan semula dalam loyang dan kukus sehingga benar-benar masak. Keluarkan dan mampatkan. Mampatkan guna senduk plastik supaya kerja jadi mudah dan tak melekat pada senduk. Kemudian kukus lagi 5 minit.

Sediakan 1 cawan tepung gandum, 3 sudu tepung jagung, 2 cawan air pandan/air, 1 cawan gula pasir, satu cawan/ sekotak kecil santan, 3 biji telur, 1 sudu kecil garam. Tambah pewarna hijau kalau nak nampak lebih menarik.

Masukkan semua bahan dalam blander, kemudian keluarkan dan tapis.

Masak atas dapur dengan api kecil. Kacau sehingga sikit je nampak bergentel/nampak sedikit pekat.

Gaul-gaul atau kacau-kacau masa atas dapur tu. Dalam 2- 3 minit je.

Masukkan dalam loyang yang ada pulut tadi

Kukus selama 20-30 minit. Jangan buka tutup buka tutup penutup pengukus ye. Biar je 30 minit tu jangan usik-usik. Cukup masa je baru buka la. Memang nampak macam basah atas dia.

Alihkan dari pengukus. Biarkan sejuk selama 4 jam. Nanti atas dia baru la nampak kering-kering gitu.

Dah betul-betul sejuk. Baru potong. Nampak cantik kan? Yakin boleh masak. Cuba masak mesti jadi!

Kredit Resipi: Siti Aminah Basir

IKLAN