Ikut Tip Ini Jika Mahu Hilangkan Kesan Dakwat Pada Baju. Ibu Jangan Marah-marah Ya!

Share

Pakaian terkena dakwat pen? Jangan bimbang cuba petua yang mudah ini. Hanya dengan tiga bahan ini sahaja dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Langkahnya adalah seperti berikut:

1. Ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka. Satukan.

2. Sapukan bahan ini ke atas baju yang terkena dakwat.

3. Kemudian beruskan perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih.

4. Ulang buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang.

sumber: Petua Ibu

IKLAN