Diuji dengan kehidupan yang mencabar dari satu masalah kepada masalah yang lainnya, bukan semua mampu melaluinya dengan tenang.
Pun begitu melalui kisah hidup seseorang ini yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, nyata jiwa dan semangat kental yang dimiliki oleh pesakitnya itu adalah wujud dari sokongan ahli keluarganya. Ini sekali gus menjadikan setiap ujian dapat ditempuh dengan tenang.
Semoga kita juga boleh ambil semangatnya untuk kita semua lebih tabah mendepani ujian yang mendatang di tahun 2021 yang cukup mencabar ini.
Ini perkongsiannya.
Di klinik, datang seorang brader ni. Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal.
“Gatal dekat mana?”
“Dekat sini, doktor,” katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar.
“Ni kena luka-luka ni?” soal saya ambil belek-belek kulit di kakinya.
Ads
“Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.” kata dia.
“Bagus betul. Kambing pun awak tolong.”
“Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada.” katanya.
Bermula di situ, dia buka kisah tentang dirinya. Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.
Ads
Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya. Mulanya, semua nampak OK. Namun, sepantas kilat, semua berubah.
Gambar hiasan
Dia ingat 2020 dah mencabar. Hilang mata pencarian yang telah lama dikerjakannya. Terpaksa gadai semua yang ada nak jadi penternak dan pengusaha sayuran. Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah.
Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka. Kebun sayur pun dah tenggelam, dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia.
“Kecuali satu sahaja, doktor!”
“Apa dia?” tanya aku.
Ads
“Keluarga saya!”
Nampak senyuman di wajahnya.
“Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk dia orang.” kata dia lagi sambil kedua-dua tangannya dikepalkan.
Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baharu sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia.
Saya yang masih ada simpanan, masih ada pekerjaan, ni pun sebenarnya dah rasa risau dengan keadaan kita pada masa ni. Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.
Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu.
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu ayah sudah tentu inginkan anak yang mempunyai kecerdasan yang cemerlang dalam bidang akademik.
Ia lumrah bagi semua orang yang inginkan anak berjaya dalam hidup. Justeru, ramai yang sanggup menyediakan persekitaran pembelajaran yang sempurna buat anak-anak.
Dalam pada itu, ibu ayah juga boleh mengetahui potensi diri anak menerusi gengam tangan. Ini dinyatakan menerusi perkongsian saudara Mohd Fhais Salim yang sering berkongsi mengenai perkembangan diri kanak-kanak di facebook miliknya.
Daripada otak yang dominan ni kita boleh tahu banyak rahsia anak kita.
Antaranya :
Buat anak otak kiri dia lebih,
– banyak berfikir dari meneroka – dia suka sangat pada nombor – cerita kurang logik dia susah percaya – fokus bila dah buat sesuatu – ada rasa ingin tahu yang kuat
Buat anak otak kanan pula,
– lebih suka meneroka dari berfikir – tak suka nombor tapi suka cerita – kalau dengar kita cerita memang ralit – tapi dia kuat juga berangan – sangat-sangat kreatif
Ada banyak cara nak tengok anak dominan otak mana tapi ini cara paling senang.
Minta anak genggam sepuluh jari dia seperti di dalam gambar.
Lihat ibu jari mana yang di atas.
Jika ibu jari kanan di atas maka dia dominan otak kiri, jika ibu jadi kiri di atas maka dia dominan otak kanan.
Hujahnya,
Setiap anggota badan kita ni di kawal oleh otak yang berlawanan.
Otak kiri kawal bahagian kanan. Otak kanan kawal bahagian kiri.
Cuba dan gudluck, sampaikan juga pada ibu ayah lain ye
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cikgu Fadli Salleh Rupanya Dibesarkan Dalam ‘Keluarga Guru’. 9 Beradik, 8 Ipar, Semua Guru!
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itu perumpamaan sesuai buat sebuah keluarga pendidik ini apabila kesemua sembilan adik beradik menjadi guru sebagaimana mengikut jejak langkah arwah ayah mereka iaitu Allahyarham Mohamed Salleh Hussain yang juga merupakan mantan Pengarah IPGM Kota Bharu.
Sembilan beradik yang dimaksudkan ini adalah Cikgu Norhana; Cikgu Norasma; Cikgu Mohd Ariff; Cikgu Solihah; Cikgu Dr Salbiah; Cikgu Mohd Fadli; Cikgu Nur Afifah; Cikgu Ahmad dan Cikgu Siti Faizah yang sememangnya dikenali ramai dan telah berjaya dalam karier masing-masing hasil didikan ibu bapa mereka.
Menjengah di entri terkini salah seorang antara sembilan adik beradik pendidik ini, Cikgu Fadli Salleh yang sebelum ini menggempar satu Malaysia kerana cukup berani menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem Pendidikan negara ada berkongsi gambar mereka di akaun facebook miliknya.
9 adik-beradik, semuanya guru. Ada yang bergelar Dr (Phd), beberapa orang ada master, selebihnya degree.
Aku sorang ja diploma. Anak paling nakal katakan.
Menantu ma dan abah, 8 orang guru, seorang arkitek.
Semua anak-anak warisi jiwa pendidikan dari arwah abah, mantan Pengarah IPGM Kota Bharu, penerima pingat Ahli Mangku Negara dari Yang Dipertuan Agong dan pingat Sri Kelantan dari Sultan Kelantan.
Beberapa projek inovasi pendidikan peringkat Antarabangsa adik-beradik kami join bersama dan alhamdulillah berjaya dapat Gold Medal.
Sedikit sebanyak tentang keluarga Cikgu Fadli, seorang guru biasa yang menggegarkan tanah air kerana jujur dalam bicara.
Semoga ahli keluarga kami sentiasa mendapat rahmat dari Allah taala dan dilindungi dari fitnah serta niat jahat orang.
Anak Saudara Di IPGM
Lupa nak tambah, 4 orang anak saudara yang paling dewasa, semuanya berada di IPGM sekarang. Bakal guru juga. Boleh buka sekolah sendiri dah ahli keluarga kami ni,” jelasnya bercerita.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tumpang bangga dengan keluarga yang berjiwa besar mendidik anak bangsa. Malah tidak dinafikan ramai juga yang teruja dan menyokong hasrat Cikgu Fadli untuk membuka sekolah sendiri.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak sebak apabila setiap hari berdepan dengan cabaran merawat pesakit Covid-19 yang unit rawatan rapi (ICU) yang kebanyakkannya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, ventilator.
Begitulah yan situasi yang dihadapi oleh kebanyakkan pegawai perubatan yang bertugas di unit ICU.
Biarpun penat seharian tanpa henti menguruskan rawatan, namun tugasa menentukan siapa pesakit yang layak menerima mesi bantuan pernafasan adalah suatu yang sukar.
Ikuti perkongsian yang menyentuh hati oleh Dr Hana Hadzrami menerusi facebook miliknya.
__________________________________
Tahu tak apa yang membuatkan kami lelah? Bukan kerana perlu pakai PPE dan mandi 5-6 kali sehari. Bukan juga kerana menjaga beratus pesakit kritikal kategori 4 & 5 setiap hari. Bukan.
Gambar sekadar hiasan
Tetapi kerana perlu buat keputusan, pesakit mana satu kami kena pilih untuk berikan ventilator terakhir kami setiap hari. Adakala setelah kami susah payah saring dan pilih seorang dari 20 pesakit untuk ventilator terakhir kami, tiba-tiba datang pula seorang pesakit yang lebih muda, lebih kritikal dan lebih layak untuk ventilator tadi. Namun apakan daya. Tiada ventilator untuk dia buat hari itu. Terlewat beberapa minit. Dah jadi rezeki orang lain.
Jaga kesihatan keluarga: Tawaran Monitor tekanan darah dan pelbagai lagi tawaran menarik di sini.
KESAN TIADA BANTUAN VENTILATOR Tahukan apa akan jadi pada mereka yang tak dapat bantuan ICU atau ventilator pada saat kritikal itu? Umpama dijatuhkan hukuman mati penuh siksa. Setiap mereka yang tak dapat ventilator asyik bertanya bila giliran mereka nak dibawa masuk ke ICU; dah tak mampu bernafas, penat sangat. Mereka yang kekurangan oksigen dah tak tentu arah cuba bernafas dalam pelbagai posisi. Baring tak kena, duduk pun tak kena. Ada yang merangkak atas katil, ada yang menyangkung bawah paip oksigen. Masing-masing cuba memaksa sebanyak mungkin oksigen dari topeng masuk ke paru-paru yang dah membengkak dan keras. Cuba dan cuba sehinggalah jantung tak mampu menanggung.
JADI IGAUAN PEGAWAI PERUBATAN Bayangkan mereka itu adik beradik kita, ibu bapa kita, tuan puan. Kami bila habis on call dan pulang ke rumah akan asyik teringat dan rasa bersalah. Betulkah pilihan yang aku buat semalam? Patutkah aku beri ventilator pada pakcik tu? Atau pada adik tadi? Lambat sangat kah aku bawa pesakit tadi masuk ICU? Patutkah aku switch-off lebih cepat ventilator makcik yang tiada harapan hidup, untuk memberikan katil ICU itu buat pakcik yang dah lama menunggu? Kami cuba lupakan. Jika tidak nanti akan terbawa-bawa dan menganggu kerja. Lusa nak on call semula. Itulah yang membuatkan kami kecewa dan lelah. Bukan kerana penat selamatkan nyawa. Tapi kerana kami tak mampu nak selamatkan semua.
Moga kisah ini menjadi iktibar untuk masyarakat kekal di rumah. Keluar bila perlu sahaja.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.