Ini Cara Buat Kerepek Kulit Popia Salted Egg. Kudapan Krup Krap Krup Krap Yang Paling Senang & Sedap. Patutlah Ramai yang Dah Buat!

Share

Selain biskut, kudapan seperti kerepek juga antara yang wajib tersedia di atas meja. Bagi yang gemarkan telur masin, jangan ingat ia hanya boleh dimakan bersama nasi dan lauk sahaja. Malah ia juga boleh dicampurkan ke dalam kerepek Kulit Popia. Tak percaya, jom kita cuba resipi yang disediakan oleh Oh Lisa.

Bahan-Bahan

1) Kulit popia
2) Serbuk telur masin
3) Gula
4) Garam
5) Daun kari

 

Bagi yang tak tahu mana nak cari serbuk telur masin tu, boleh guna yang macam ni.

Cara membuat:

1) POTONG & KERINGKAN KULIT POPIA

Memula kite potong kulit popia ikut saiz yang kite nak.

Tips nak bagi rangup dan tahan lama, jemur dulu kulit popia ni sebelum goreng.

Jemur smpai betul-betul kering. Barulah bila kita goreng akan jadi bergulung, tahan lama dan tak mudah lemau. Memang rangup macam kerepek wonder cheeze yang dijual tu.

Tak lama pun nak jemur. Kalau cuaca panas, dalam 30 minit pun dah kering.

2) GORENG

Lepas tu panaskan minyak dalam kuali.

Goreng macam biasa.

Bila dah garing, angkat dan toskan.

Tunggu sejuk dulu dan pastikan minyak betul-betul kering.

3) BUAT PERASA

Sambil tunggu tu kita buat perasanya.

Caranya, sangai sekejap serbuk telur masin, gula dan garam secukupnya dengan daun kari.

Kalau nak lagi cantik, blend dulu semua bahan serbuk tu sebelum sangai atas api dengan daun kari.

Guna api kecil je supaya tak hangus.

4) GAULKAN

Akhir sekali, gaulkan kulit popia yg dah digoreng dengan serbuk yang disangai tu.

 

SIAP!

Sedia untuk dimakan. Krup krap krup krap bunyi dia!

Bagi yang tak minat telur masin, boleh je nak pelbagaikan perasa tu tukar dengan perasa lain. Contohnya guna serbuk kari, serbuk cili dan serbuk cheese.

Memang berbaloi buat sendiri berbanding beli. Sedap pun sedap.

Sekali makan, susah nak berhenti!

Jom cuba buat sendiri, mudah je kan?

IKLAN