Zaman serba maju sekarang ni, tak susah nak dapatkan pekerjaan yang halal. Apa yang penting hanyalah kegigihan dan ketabahan untuk mencari rezeki tersebut. Bila kita ikhlas, insyaAllah ada jalan yang terbaik buat kita.
Misalnya kisah wanita ini yang tular di Tiktok menggunakan akaun @aisha.h_ammar.h, kegigihannnya bekerja sebagai GrabFood Walker patut dijadikan inspirasi oleh orang ramai. Lebih mencuri tumpuan orang ramai apabila dia bekerja sambil membawa dua orang anaknya menggunakan hand trolley.
“So I joined Grab, a job that I can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs,” katanya di ruangan kapsyen.
Malah, dia yang mesra dipanggil Mummy Dee tidak menyangka video yang dimuat naik ini mendapat perhatian ramai dan dia juga menjelaskan pekerjaan ini hanyalah sekadar separuh masa sahaja. Malah, dia juga jadikan aktiviti sebagai rutin keluar bersama anak-anak dan dalam pada masa yang sama dapat peroleh duit.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji semangat ibu ini dan ideanya membawa anak-anak berjalan sambil bekerja merupakan idea yang bernas. Malah, ada juga yang menjadikan kisah ibu ini sebagai contoh untuk lebih berusaha dan mahu meniru cara ibu ini mendapatkan duit poket.
Boleh dikatakan sekarang ni mak-mak semua gilakan gajet. Aik gajet apa tu? Sabar… Bukan gajet telefon bimbit tu, ni gajet di dapur! Peralatan yang memudahkan mak-mak dalam penyediaan makanan.
Cumanya ikut pada individu itu sahaja, nak beli yang paling murah hingga paling mahal pun boleh, ikut pada citarasa masing-masing.
Salah satunya gajet yang paling menjadi perhatian orang ramai ialah air fryer. Betul tak? Kalau dulu, nak bakar apa-apa, tak kisah la kek ke, biskut ke, nak bakar ayam ke, hanya guna oven je kan? Sekarang ni, dah tak payah ada oven pun tak apa, cukup lah ada gajet kesayangan mak-mak ni, semuanya jadi mudah!
Tapi, kena ingat tau nak guna air fryer ni pun ada ‘pantang larang’. Bukan pantang apa pun, nak pastikan air fryer kita tahan lama untuk digunakan. Takkan sanggup guna sekali dua lepas tu rosak kan? Big nooo!!! So, jom tengok tip nak guna air fryer bagi tahan lama hasil dari perkongsian Abdul Razak Abdul Rahim.
Tip Penggunaan Air Fryer Bagi Kekal Lama
1. Pastikan air fryer (AF) berada 15cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling.. Ia boleh cair jika berlaku pantulan haba.
2. Jika masakan dah masak.. tetapi minit masih berjalan..boleh tarik keluarkan loyang.. pemanasan akan terhenti(kalau tefal la) tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.. timer dilarang undur.. akan mudah rosak timer.. jangan la tutup suis semasa tgh memasak.. sudah tentu la kita keluarkan loyang tu nk cek makanan masak x.. masa tu la pemanasan terhenti.. boleh la tutup suis.. apa apa pun ikut la kesesuaian Af masing2.. just nk cakap elakkan paksa timer kembali ke minit 0..
3. Jangan masukkan bahan ringan yg mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat.. bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas.. cth.. kulit popiah.. kertas pelapik.. AF akan terbakar..
4. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas.. nonstick akan cepat tertanggal…
5. Elakkan air didalam air fryer.. masak maggi x sesuai guna air fryer.. tertengok ada yg pos masak maggi kari.. hmmmm .. namanya fryer.. bkn steam. Bukan rebus..
6. Pastikan loyang tidak menutup terus tapak AF.. bhgn bawah AF.. haba tidak dapat berputar dgn lancar.. mknn akn masak atas shj.. n suhu jd tidak stabil. Jgn guna loyang yg muat2 je.. guna yang lebih kecil dr bekas AF.. kita manusia pun rimas pakai baju ketat.. hehehe
7. Kuantiti makanan yg di masak mempengaruhi penggunaan suhu dan masa.. analogi.. goreng 1 bijj karipap shj.. dan goreng 4 biji karipap serentak.. guna suhu dan masa yg sama.. karipap yang mana akan hangus.. atau masak dahulu..??? Pokonya try n error k.. belajar dr pengalaman.. sbb ada yg mengadu guna resepi org nj x jd.. tipu ek.. mcm mcm la..
8.saiz AF juga memainkan peranan.. analogi.. suhu 37′ .. anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri.. dan suhu 37′.. anda berada di dalam dewan besar 10 minit.. seorang diri.. yg mana akan berpeluh lebih byk… berbezakan.. begitu juga makanan di dalam air fryer.. nak makan 2 org tp air fryer 5.8 liter.. n nak makan 6 org tapj airfryer 1.8liter.. Mcm mana nk urus.. cuba pk.. jom berpk…
9. boleh lap pemanas yg berlingkar mcm ubat nyamuk tu dengan tisu basah.. kalau ada kotoran….jangan siram air.. kotoran apa? maybe minyak atau air dari ayam bakar terpercik ke.. jangan la pasang suis.. pastikan AF x digunakan dalam tempoh tertentu sblm dan selepas lap.. jangan la lps masak terus lap.. buta pegroot namanya.. atau lps lap terus guna.. pastikan ianya kering semasa hendak digunakan.. guna la wet tisu biasa.. jgn la guna yg ada perisa strawbery atau alcohol..
10.. makanan beku boleh je AF terus asalkan ada penjarakan sosial.. x bercantum satu sama lain..
p/s : Nak cari perkakas rumah yang cantik-cantik? Meh tengok kat sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak boleh nak bayangkan, sepatutnya hari diijab kabul dengan pasangan menjadi hari paling bahagia dan diingati menjadi duka apabila ibu tersayang pergi di hari yang sama.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini bernama Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili, baru sahaja setengah jam bergelar isteri terpaksa menerima hakikat ibu tersayang pergi meninggalkan mereka semua.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama. Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Dia cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berlawak. Jenaka yang dilontarkan cukup bersahaja namun mengundang lucu dikalangan netizen. Berasal dari, Cebu, Filipina, Mark menceritakan kehidupannya terdahulu sebelum bergelar penyanyi.
“Kehidupan saya dari kecil hingga besar memang ada kena mengena dengan muzik. Ada yang bermain saksafon, trumpet dan sebagainya. Adakala mereka bermain muzik, keluarga kami amat mencintai muzik dan itu yang membuatkan saya sukakan bidang ini.
“Waktu umur 5-6 tahun ayah selalu dodoikan saya satu lagu Filipina yang bertajuk ‘Ombak’. Saya selalu menyanyi lagu itu hingga umur 8 tahun. Waktu itu ayah cakap saya boleh menyanyi dan membawa saya ke gereja dan di situ saya belajar banyak benda termasuk harmoni dan teknikal.
“Sampai umur 10 tahun, ayah bawa masuk pertandingan menyanyi dan memperoleh tempat ketiga. Ayah cakap ini sahaja dia mampu beri dan dia cakap kalau hantar ke sekolah belum tentu saya dapat belanja atau tidak. jadi ayah minta saya jaga suara dan bakat saya,”ujar Mark lagi yang bangga kerana dapat memenuhi impian ayahnya untuk melihat dia berjaya menjadi penyanyi.
keluarga yang saya tinggalkan
Cerita Mark lagi, ayahnya selalu memberikan kata-kata semangat untuk dia menjadi kuat.
“Ayah selalu cakap jangan menangis, dia tak nak tengok saya menangis dan suruh kuatkan diri. Pertama kali saya menaiki kapal terbang, saya menangis kerana walaupun dapat lihat bangunan yang cantik tetapi tak dapat lihat keluarga yang saya tinggalkan.
“Saya tidak tahu tentang Islam dan agama. Di Malaysia saya dapat lihat kepelbagaian agama. Saya peluk Islam kerana percaya dengan agama yang saya lihat hari-hari bermula pada kawan saya Zul yang baik orangnya.
“Saya pergi ke Perkim dan belajar tentang Islam. Isteri ajar saya tentang memberi salam tetapi adakala saya tersasul suka cakap terbalik Waalaikumsalam bukannya Assalamualaikum.
“Waktu pertama kali ke rumah mentua, dan ketika bersua muka di depan pintu saya bercakap waalaikumsalam. Memang kelakar bila diingatkan kembali, patutlah mereka tidak menjawab,”cerita Mark lagi.
Ibu terkejut dan menangis
Tersentuh hati melihat mendengar kisah penyanyi dan pelakon, Mark Adam tatkala bercerita penerimaan ibu bapanya ketika dia mahu memeluk Islam.
Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah kini sudah hampir 16 tahun menjadi saudara baru. Suami kepada Norazah Redzuan ini mengakui pada awalnya, ibunya agak terkejut sehingga menangis apabila mendapat tahu bahawa anaknya mahu memeluk Islam.
“Satu soalan yang ayah tanyakan pada saya, awak gembira tak?
“Saya cakap gembira. Lepas tu ayah cakap okay u pergi sana.” Cerita Mark yang berkongsi cerita tersebut menerusi rancangan Al-Hidayah.
‘Jenaka’ Tuhan dahsyat
Waktu pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci, akui Mark tidak sangka dalam hidupnya dia mampu berdiri di depan kaabah.
“Waktu di sana saya dapat pegang Kaabah dan cium, tapi ada kisah kelakar ketika itu. Waktu depan kaabah, saya selalu pegang kain tetapi waktu pegang kaabah saya cium dan menangis bila teringat semua benda. 15-20 minit di situ, saya berpusing untuk beredar dan nampak Shuib.
“Ketika nak ambil kain untuk lap hingus dan air mata, Shuib cakap itu bukan kain kepunyaan saya. Barulah saya sedar kain tersebut berwarna merah. Rupa-rupanya itu adalah kain seorang mak cik tengah menarik kainnya.
“Terus saya lepaskan. Shuib cakap, Mark awak pelawak kan, suka buat jenaka kan. Tengok ‘jenaka’ Tuhan, dahsyat kan. Memang kami gelak sampai menangis di situ,”ujar Mark lagi yang mengakui rindu untuk kembali lagi ke sana.
Mengulas mengenai keputusan isteri memakai hijab, Mark memberitahu banyak perubahan yang berlaku atas isterinya. Sejuk hatinya bila isteri kesayangan memakai tudung.
“Isteri yang ambil keputusan untuk berhijab. Dia sangat cantik pada pandangan mata saya. Memang saya tak ada cakap apa-apa dan itu adalah satu pilihan yang betul. Saya sangat suka dia bertudung. Sejuk hati apabila memandang isteri memakai tudung.
“Dalam dunia ini dua sahaja yang kita kena fikir, elok dan tak elok. Mana satu pilihan kita, Kenapa nak susah-susah, pilih yang elok lah supaya hidup kita menjadi elok. Kena kuatkan iman dan percaya. Kena teruskan usaha. Dugaan kena terima dan reda. Dugaan diberi kerana akan ada kebaikan selepas itu, ungkap Mark lagi.
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.