Ini Petua Kuih Nona Manis Jadi Cantik Dan Licin. Guna Sukatan Cawan Dan Salutan Plastik Aje. Mesti Cuba!

Share

Tak tahu nak masak apa minum petang hari ni, apa kata cuba buat kuih nona manis. Cara nak buat memang mudah jika ikut resipi ni. Pasti jadi walaupun pertama kali cuba.

Rasa lembut dan manisnya sesuai sekali untuk hidangan seisi keluarga. Bahan-bahan penyediaan resipi kuih ini mudah diperolehi

Ikuti perkongsian ini.

Nona manis, dengar nama pun dah sedap kan. Bila makan rasanya lemak-lemak manis gitu. Hari ni ariana nak share resepi nona manis, semanis senyumanmu, hihi. Ariana juga ada bagi tips macam mana nak buat nona manis nampak licin dan cantik.

Resepi Nona Manis

Bahan A (Step 1)
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 biji telur

Untuk step pertama. Kisar telur, gula, tepung gandum dan santan sehingga sebati. Kalau xda pengisar, boleh whish hand je.
Dah siap, ketepikan.

Bahan B (Step 2)
1/2 cawan air daun pandan (air+4 helai daun pandan dikisar dan tapis)


1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung jagung
1sk pewarna hijau

Step ke 2 pulak, masukkan santan dan air daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
Lepas tu, masukkan tepung jagung dan kacau sebati.
Masukkan pula pewarna hijau. Kalau masih pudar boleh tambah sedikit lagi pewarna.
Masukkan bahan yang di kisar di step 1. Kacau sehingga sebati.
Pastikan adunan sedikit pekat dan tidak cair. Ketepikan, bila dah sejuk tapis dan letak dalam botol.

Bahan C (Step 3)
2 cawan santan
2 sudu tepung gandum
1sk garam
1sk gula

Nilah rupa nona manis bila dah masak.

P/S : Ariana guna santan kara. 1 kotak kecik + 1 cawan air. Kuantiti 1 kotak santan mestilah sama dengan kuantiti 1 cawan air.

Selamat mencuba!

Kredit: Ariana Sofia Ahmad

IKLAN