Menu minum petang paling mudah adalah masakan bergoreng sama ada mee goreng atau char kuay teow. Tapi nak buat rasa macam kena lah tahu rahsianya.

Kepada suka masakan char kuay teow boleh cuba resipi ni. Siap ada cara nak buat kuah kicap dan pes cili. Rupanya ini penyedap buat rasa char kuay teow ini resipinya.

______________________________

Resepi Char Kuay Teow.resepi ni dah banyak kali saya buat untuk makan sendiri,untuk open house pun boleh tapi kena masak satu-satu hidangan la ye baru sedap,makan panas-panas.

RESEPI CHAR KUAY TEOW
(Resepi untuk 4~ 5 orang makan.kalau nak banyak gandakan sukatan.

IKLAN

bahan kuah kicap:(boleh sediakan awal)

Ini Rahsia Resipi Kuah Kicap Dan Pes Cili Jadikan Char Kuay Teow Lebih Sedap.
1 liter air
6 ulas bawang putih(ditumbuk)
1 kiub ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
garam
caranya:
satukan semua bahan kecuali garam.Didihkan 20~ 25 minit.
dah siap baru letak garam.
biar kuah rasa masin sikit.

IKLAN

bahan pes cili :(boleh sediakan awal)

Ini Rahsia Resipi Kuah Kicap Dan Pes Cili Jadikan Char Kuay Teow Lebih Sedap.

IKLAN

100 gm cili kering(bersihkan)
1 genggam udang kering
1 labu bawang putih
minyak masak secukupnya
caranya:kisar semua bahan,tumis sampai garing dan pecah minyak.siap.boleh simpan.
Minyak bawang putih:(tak ada dalam gambar-kalau tak buat pun tak apa)
kisar 1 labu bawang putih dan rendam dalam minyak.(agak-agak secawan)

Bahan-bahan lain:
Udang yang dah dibersihkan
tauge,kucai
kuay teow halus
telur

Cara-cara memasak char kuay teow:
1)panaskan 1 sudu minyak bawang putih.
2)goreng udang sebentar(ikut suka berapa ekor nak).boleh juga letak isi kerang kalau ada.bila udang dah masak.
3)masukkan 1 sudu makan pes cili.
kacau.
4)masukkan 1 senduk kuah kicap char kuay teow(ikut suka banyak mana kuah yang kita nak).Dah mendidih.
5)terus masukkan tauge,kucai & kuay teow.kacau-kacau sekejap aje jangan lama sangat nanti kuah kering.
6)Pecahkan telur,tutup api dan terus kacau laju-laju.siap.
Nota:-
1)setiap kali buat set char kuay teow ni masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin,manis,pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama,lain jenama lain rasanya.adjust rasa dalam kuah kicap tu.tambah apa yang kurang.bila dah ok yang pertama tu barulah senang nak masak yang seterusnya.
2)Udang ikut suka nak kopek atau tak.kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Selamat mencuba!

Kredit: EnazKitchen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI