Menjaga gigi sejak dari kecil amat penting supaya kekal sempurna dan tiada masalah kerosakan gigi.

Namun, jika salah penggunaan atau berlebihan ubat gigi akan menjejaskan gigi anak-anak yang masih kecil.

Nak tahu cara yang betul memberus gigi untuk anak-anak ikuti nasihat doktor gigi ini.

Ibu bapa perlu memberus atau mengawasi anak mereka memberus gigi mengikut kesesuaian umur.

Ibu bapa disarankan membaca label pada ubat gigi kanak-kanak berfluorida yang berperisa.

Kandungan fluorida yang biasa terdapat pada ubat gigi berfluorida yang berperisa adalah di bawah paras optima (sekitar 500 ppm) berbanding yang disarankan Persatuan Pergigian Amerika (ADA) iaitu 1000 ppm.

Satu kelemahan menggunakan ubat gigi berperisa ini adalah kanak-kanak lebih cenderung tertelan ubat gigi kerana rasanya yang sangat menarik.

Ubat Gigi Berfluorida untuk Kanak-Kanak

Ini Sebabnya Bahaya Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan Bagi Gigi Kanak-Kanak. Take Note!

Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.

Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.

Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi.

Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.
.

Penggunaan Ubat Gigi Berfluorida Yang Betul

IKLAN

Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak boleh memastikan gigi anak-anak anda menerima kebaikan fluorida iaitu menguatkan enamel gigi serta mencegah karies.

Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak.

BOLEH

• Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun ( Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang )

• Berus dua kali sehari

• Wajib memberus di waktu malam sebelum tidur

TIDAK BOLEH

• Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi

IKLAN

• Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )

• Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa. Rujuk gambar ini.

Ini Sebabnya Bahaya Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan Bagi Gigi Kanak-Kanak. Take Note!

Kuantiti penggunaan ubat gigi berfluorida yang di cadangkan; Untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun

Gunakan kuantiti kecil ubat gigi berfluorida kanak-kanak ia itu 0.25 g ke 0.5 g ATAU sebesar kacang soya ATAU sepanjang 5mm.

Anggaran ubat gigi sebesar kacang soya atau berukuran 5mm panjang.

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah hendaklah di bantu semasa memberus gigi dan penggunaan ubat gigi berfluorida mestilah di kawal oleh ibu bapa atau penjaga.

• Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.

IKLAN

• Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.

KESAN PENGAMBILAN FLUORIDA BERLEBIHAN

Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.

Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.

Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat.

Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan. Rujuk gambar ni.

Ini Sebabnya Bahaya Kesan Pengambilan Fluorida Berlebihan Bagi Gigi Kanak-Kanak. Take Note!

Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri.

RAWATAN KECACATAN PADA ENAMEL

Fluorosis enamel boleh dirawat.
Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Doktor pergigian anda akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.

Sekian, semoga bermanfaat.
Bantu saya kongsikan ilmu ubat gigi kanak-kanak berflourida agar ibubapa diluar sana lebih cakna.

Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim
Klinik Pergigian Azila Bangi

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI