“Inilah Anak Lelaki Pertama Bonda. Satu-Satunya Anak Lelaki.” Tiga Hari Ditahan Dalam Wad, Yatt Hamzah Timang Anak Keenam!

Share

Yatt Hamzah selamat melahirkan bayinya yang keenam hari sabtu yang lalu, bayi lelaki dan satu-satunya putera sulung Yatt ini awalnya dijadualkan bakal dibedah, namun saat-saat akhir, yatt dapat melahirkan anaknya secara normal.

Jam 11 mlm semalam hampir2 masuk ke OT utk dibedah (caesarean), dengan kuasa YG MAHA BESAR, pada saat2 akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yg LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!

Dalam pada itu, Yatt melahirkan rasa syukur dan gembira kerana akhirnya dikurniakan anak lelaki. Dia turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakannya selama ini.


.
Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu2nya anak LELAKI. Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yg tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini..


.
Paling utama doa suami @zulfadhli_khiruddin ♥
.
Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni pd jam 11.16 mlm ini.
Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah..
Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yg Soleh, Pejuang Agama.


.
In shaa Allah nanti Bonda akan share perjalanan di Labour Room dan betapa besarnya KUASA DOA.
Tapi sekarang Bonda dan baby nak rehat dulu ya..
.
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR..

Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!

 

 

IKLAN