Inspirasi Dari Prosperity Burger McD, Lelaki Ni Kongsikan Resipinya. Buat Sendiri Lagi Jimat. Memang Layan, Sedap!

Share

Sebut sahaja prosperity burger McDonald’s pasti ramai yang terbayang rasanya yang enak dan menyelerakan. Sekarang ini, di McD tengah rancak jual kan. Tapi kalau anak ramai macam tak cukup pulak kan. Apa kata ibu-ibu cuba buat resepi ini. Saudara Ritzuwan Syde menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkongsi resepi prosperity burger homemade yang super sedap ala-ala McDonald’s. Jom cuba!

Salam semua. Apa khabar?

Hari ni saya buatkan beef prosperity burger ala ritz the baker. Terinspirasi daripada burger McDonalds tu.

Ada 3 bahagian. Roti burger, patty dan sos lada hitam.

.

Part 1: roti burger

200g tepung protin tinggi (japanese flour)

16g gula

3g garam

4g susu tepung

2g yis

16g shortening

110g air

Cara-cara

1. Masukkan bahan kering dan gaul selama 2

minit (mixer)

2. Masukkan air dan shortening dan uli

sehingga doh elastik

3. Bahagikan doh kepada 6 bahagian dan

bulatkan. Anggaran 60g sebiji

4. Rehatkan doh selama 10 minit

5. Leperkan dan gulung doh dengan kemas

6. Letakkan doh dlm acu dan biarkan doh

kembang sehingga double size. Lebih

kurang 1 jam tempoh proofing

7. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 13 minit

atau sehingga kuning keemasan


.


.


.

Part 2: patty daging

Saya gunakan burger lembu oblong klasik brand ramly. Mudah dan sedap. Boleh dapatkan di mana-mana pasaraya ataupun ramly halal mart berhampiran

Part 3: sos lada hitam

Ada macam-macam versi sos lada hitam. Yang biasa, saya letakkan beberapa herbs; thyme, oregano, bay leaf dan seangkatan dengannya. Tapi hari ni saya tak gunakan semua tu. ambil apa yg ada shj di dapur.

20g mentega

40g bawang besar (potong kiub)

10g lada hitam

50g tepung gandum

10g chicken powder

50g serbuk perang demi glace ( brand knorr)

150g sos honey hickory bbq sauce (hunt)

800g air

4g garam

20g gula

Cara-cara

1. Panaskan mentega dan tumis bawang

2. Masukkan tepung, chicken powder dan

serbuk stock perang (roux)

3. Masukkan air dan kacau

4. Masukkan sos honey hickory bbq dan lada

hitam (cracked).

5. Perasakan garam dan gula secukupnya.


.


.


.

Penyediaan Prosperity burger

Belah roti burger kepada dua. Masak daging di atas pan dan celup dengan sos lada hitam sebelum diletakkan diatas roti burger. Taburkan bawang holland yang sudah dihiris.

.


.

Selamat mencuba

IKLAN