Inspirasi! Rai Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke -50, Pasangan Warga Emas Ini Tarik Perhatian Warga Net.

Share

Indahnya sebuah perkahwinan apabila cinta yang disulam sewaktu selepas akad nikah kekal hingga ke hujung usia.

Menikmati bahagia bersama, melihat anak-anak dan cucu membesar depan mata. Kebahagiaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apabila dapat meniti usia bersama pasangan tercinta.

Sebagaimana tular gambar koleksi ulang tahun perkahwinan ke 50 bagi pasangan warga emas ini yang mendapat perhatian warga net.

Perkongsian oleh jurugambar, Cpin Aidil dengan kapsyen yang ringkas namun gambar-gambar yang dikongsi ‘bercerita’ tentang kebahagian warga emas ini.

Riah wajah dan penampilan diri jelaskan kebahagiaan yang mendalam dilalui oleh pasangan ini. Sungguh inspirasi!

Sungguh teruja dan terharu kerana saya di beri peluang untuk mengambar majlis berikut ini… 50 tahun bukan sikit..cinta dan kasih di perjuangkan… alhamdullilah

BIAR GAMBAR YANG BERBICARA.

Berikut beberapa keping gambar yang dikongsi. Moga jadi inspirasi.

Sweetnya gambar ulang tahun perkahwinan pasangan warga emas ini.

 

IKLAN