“Isteri Bertuah Kepada Lelaki Paling Hebat.” Sempena Anniversary, Fazura Throwback Perkenalan Dengan Fattah Hingga Bergelar Suami Isteri. Sweet!

Share

Pasangan sama cantik sama padan Fattah Amin dan Fazura sememangnya sentiasa menjadi perhatian dan juga ikutan pengikutnya.

Terbaru, pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama dan masing-masing dilihat memuat naik status mengenai anniversary di instagram masing-masing.

Isteri bertuah kepada lelaki yang hebat

“Today marks one year in love, being loved and being a lucky wife to the most amazing man. That very first day we met on set of #HeroSeorangCinderella

, I never thought we’d even be friends off set – and being married to you now is a true blessing Allah has bestowed upon me.

“Thank you for being the one, the brave hero who broke down those walls I built. Our love is beautiful, peaceful, often filled with happiness and some sweet trials. In the end.. we always choose to be strong, together. I love you sayang. Happy one year anniversary and I pray for more happy days ahead with you and us loving each other the way we do. InsyaAllah. Amin. ❤️? #Alhamdulillah #PalingSempurna •

Special Thanks to @aididmarcello and @mqproduction for this video compilation as requested and for giving it to us as anniversary gift. 

Selain Fazura, Fattah turut berbuat demikian dengan memuat naik video yang dibuat khas oleh Aidid Marcello untuk pasangan ini.

“Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin,”ujar Fattah.

Dia juga turut memuat naik sebuah lagu berjudul Paling Sempurna. Mungkin lagu dan lirik tersebut ditujukan buat isteri tersayang yang dianggap paling sempurna buat dirinya.

Paling Sempurna
Terlerai sudah pencarian kasih
Takdir bertemu ketentuan ilahi
Dia wanita sempurna
Selama ini ku nanti
Hadir tak diduga
.
Sudah tertulis
Ditakdir bersama
Ikatan rindu menyatu kita berdua
Sungguh rasa bersyukur
Ditemukan lelaki yg paling sempurna
.
Kita memang ditakdir bersama
Hidup bahagia di istana cinta
Berjanjilah sayang
Kita hidup bersama 
Hingga ke hujung nyawa..

Sumber: IG missfazura & fattahaminz

IKLAN