Jadi Inspirasi Anak Muda! 2 Tahun Jual Sambal, Khairul Aming Kaut Untung Lebih RM20 Juta

Share

Kejayaan personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming dengan jualan sambalnya mencetus rasa kagum dan bangga di kalangan netizen.

Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Khairul Aming Bin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming meluahkan rasa syukur atas kejayaan jualan Sambal Nyet yang telah mencecah RM21.5 juta.

“Alhamdulillah hari ini jumlah jualan Sambal Nyet telah mencecah RM21.5 juta.” tulisnya.

Selain itu, hasil jualan sambal itu turut menerima dua anugerah istimewa iaitu kategori Best Customer Service dan Best New Seller.

Menurutnya, jualan bagi tahun 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada tahun 2022 jualan Sambal Nyet meningkat iaitu RM14 juta.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pempengaruh media sosial itu dengan kejayaan yang dikecapinya. Selain itu, terdapat juga netizen yang terinspirasi dengan usaha yang ditonjolkan oleh Khairul Aming.

Sebelum ini Khairul Aming pernah memuat naik perjalanan hidupnya dari usia 20 hingga 30 tahun. Semoga dapat jadi inspirasi buat semua!

Sumber: Instagram @khairulaming

IKLAN