Malu bertanya sesat jalan, malu mengayuh perahu hanyut. Peribahasa ini boleh dijadikan tauladan dalam hidup, memandangkan bukan semua perkara kita tahu dan jika ragu-ragu lebih baik bertanyakan pada yang pakar agar setiap keputusan dan tindakan yang kita ingin buat adalah yang tidak merugikan diri sendiri.
Apatah lagi dalam memantau tahap kesihatan jika disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin di rumah. Boleh jadi ada yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa hingga mengakibatkan adanya kes-kes BID atau kematian dibawa ke hospital akibat tidak dapat diberi bantuan awal atau sebagainya.
Kemaskini Simptom
Tidak mahu kejadian seperti ini berlaku, Dr Hana Hadzrami menyarankan kepada yang positif Covid dan sedang menjalani kuarantin di rumah, sila kemaskini simptom anda setiap hari melalui MySejahtera.
Ujarnya,” Jika anda isi ruangan ‘Heath Assessment’ dan didapati ada tanda-tanda amaran; pasti anda akan dapat mesej begini:
RM0 KKM: Anda adalah COVID-19 BERGEJALA BERTANDA AMARAN. Sila ke CAC terdekat untuk rawatan lanjut
Ataupun jika anda telefon hotline dan ada tanda amaran; pasti ada suara komputer menyuruh anda ke CAC, KK atau hospital terdekat.
“Maka pergilah segera. Tak semua kes ambulans mampu dan sempat ambil.
Kalau warga asing pun mampu datang ke kecemasan walau tanpa kenderaan sendiri, anda lagilah boleh. Hanya yang sihat disuruh kuarantin di rumah. Warga emas dan mereka yang berpenyakit kronik semua kuarantin di PKRC.
Wad kecemasan dan PKRC sentiasa akan menerima pesakit yang ada warning signs.
Tapi jika anda berdiam diri dalam rumah, siapa nak tahu? Bagaimana kami nak bantu?
Tahukah anda sebaik ada tanda amaran; anda sebenarnya dah kategori 3 dan sedang bertukar menjadi kategori 4.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Saat ingin berpindah ke rumah baharu tentu perasaan teruja untuk dihias sempurna dengan perabot mewah dan gah gayanya.
Pun begitu, perlu difahami dalam mencari bahagia bukan disandarkan dengan kemewahan semata-mata. Ini sebagaimana apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor.
Ini perkongsiannya.
Apabila masuk rumah baru, kebanyakan kita merancang untuk beli perabot-perabot yang cantik -cantik dan mahal-mahal.
Masing-masing fikir nak buat konsep apa. Moden ke, klasik ke, ala-ala tradisional ke. Sampai bergaduh laki bini, perabot punya fasal.
Saya pun dulu ada pemikiran begitu juga. Maklumlah baru dapat rumah baru kan. Memang teruja sangat nak hias rumah gila-gila punya.
Tapi selepas tu bila difikir fikirkan balik, perabot-perabot yang mahal lagi cantik yang kita penuhkan rumah kita itu, mampu ke memberi jaminan kebahagian untuk kita?
Ramai orang yang tidak lena tidurnya walaupun tidur diatas tilam empuk dan katil kayu jati import, berbanding yang hanya tidur diatas toto nipis dan berbantalkan bantal kekabu sahaja. Letak saje kepala, sedar-sedar dah subuh.
Ramai orang yang tiada selera makan nya walaupun makan diatas kerusi dan meja makan yang luas dan buatan eksklusif, tiada dijual di Ekea. Makan pulak sorang -sorang aje. Berbanding yang makan hanya beralaskan tikar plastik, tetapi habis satu periuk nasi. Makan pulak satu keluarga.
Ramai orang yang beli pinggan mangkuk berdozen dozen. Macam macam jenis dan warna. Akopal lah Akorok lah. Tetapi hanya jadi bahan tayangan yang tersadai di dalam almari hiasan di sudut ruang tamu. Berbanding yang ada 2, 3 biji pinggan mangkuk tetapi sering digunakannya setiap hari ketika makan bersama keluarga.
Ramai juga orang yang perabot dalam rumahnya penuh satu rumah. Pantang ada ruang kosong. Pasti akan dipenuhkan nya dengan perabot. Kononnya tak nak bagi rumah nampak kosong sangat. Sampaikan anak-anak nak berlari pun terpaksa tekan break emergency, bimbang terhantuk kepala dengan perabot jati. Kalau terhantuk, perabot pecah atau rosak, anak-anak jugak yang kena marah. Silap-silap haribulan kepala anak yang pecah. Berbanding yang hanya ada satu meja tv tanpa kerusi. Anak-anak bebas berlari ke sana ke sini di rumah sendiri melayan kegembiraan life mereka sambil ibu bapa tersenyum melihat keletah anak-anak.
Ramai juga orang sanggup hias bilik tidur warna warni. Dalam bilik penuh dengan perabot mengikut warna tema bilik. Sampaikan ruangan untuk solat dan beribadah dirumah punya lah sempit. Itupun betul-betul depan bilik air. Berbanding orang yang setiap sudut rumahnya boleh digunakan untuk bersolat jamaah bersama ahli keluarga. Ruangannya luas dan dijaganya dengan bersih.
Maka oleh itu, janganlah kita menganggap kebahagiaan itu hanya sekadar bersandarkan kepada rumah yang mewah dan perabot dalam rumah yang cantik semata-mata. Kebahagiaan itu milik Allah. Dia lah yang memberikan kebahagian kepada hamba hambaNya yang Ia kehendaki.
Sebaliknya bersyukurlah kita jika diberikan kelebihan dan kemewahan. Kerana Allah suka akan hamba hambanya yang bersyukur. Baik perabot banyak atau tidak banyak dalam rumah, bersyukurlah. Dan yang sebaik baiknya adalah bersederhanalah dalam setiap perkara.
Paling penting hiasilah rumah kita dengan amalan-amalan yang mampu menjadikan keluarga kita sentiasa di berkati dan dirahmati Allah.
Biarlah rumah kita kosong tanpa perabot asalkan tidak kosong daripada rahmat Allah.
Bawang putih adalah antara makanan yang digelar sebagai ‘superfood’ kerana mengandungi banyak khasiat. Bukan sahaja diketahui umum bagus untuk menjaga kesihatan dalaman buat ibu-ibu yang berpantang, malah lebih daripada itu.
Dikatakan juga bawang putih jika diamalkan dalam diet harian dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Dan salah satunya adalah bagus jika diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan.
Cara pengambilannya adalah seperti mana yang dikongsikan oleh Rasidah Shidah.
Menurutnya, “Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendah paras kolestrol.”
Resepi :
Bawang putih 1/2 kg buang kulit.
Air secukupnya untuk rebus
*Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan.
Air gula:
Gula 1/2 cawan
Air 2 cawan
Cuka 1 cawan
Garam 3 sudu
* Masak semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.
Masukkan bawang putih yang di tos tadi dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan. Simpan dalam peti ais. Esok baru makan.
Adat memiliki anak-anak kecil, meskipun telah dipesan berulang kali agar menjaga kebersihan,namun sisa makanan yang tercicir pasti tetap ada didalam kereta. Perkara ini sekaligus mampu mengundang kehadiran serangga perosak seperti lipas.
Geram melihat kemunculan kehadiran serangga perosak ini, kami kongsikan cara mudah untuk memerangkap lipas-lipas kecil yang berkampung di dalam kereta hanya dengan menggunakan tiga bahan di dapur anda sahaja.
BAHAN-BAHAN:
3 senduk minyak masak terpakai
2 sudu kecil marjerin/ Planta
1 sudu kecil susu pekat
CARA MEMBUAT:
1) Sediakan bekas plastik kosong yang sudah tidak digunakan lagi.
2) Masukkan minyak masak terpakai atau minyak masak yang telah digunakan didalam bekas plastik tersebut. Tidak perlu membazir menggunakan minyak masak yang baru.
3) Kemudian, campurkan pula dengan Planta atau majerin.
4) Setelah itu, tambahkan dengan sedikit susu pekat.
5) Letakkan bekas campuran minyak tadi di mana-mana yang anda rasa berpotensi untuk menangkap lipas, seperti bawah tempat duduk kereta.
Tip Ekstra: Seeloknya letakkan bekas tersebut pada waktu malam dan biarkan semalaman, ketika kereta tidak digunakan dan lihatlah hasilnya pada keesokkan hari.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Puasa 6 Syawal atau qadha puasa, mana lebih utama? Ketahui hukum, pandangan ulama dan panduan lengkap khusus untuk wanita haid agar ibadah lebih tenang.