“Jangan Belanja Sesuka Hati, Fikir Apa Boleh Tambah Investment Kita” – Siti Nurhaliza

Share

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian ramai selepas membeli sebuah rumah di negara terkemuka, Dubai.

Berdasarkan sebuah temubual bersama Melodi, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu berkata pembelian rumah di Dubai itu adalah salah satu pelaburan buatnya.

Sementara itu, Siti turut memberi pesanan kepada semua penonton Melodi untuk membuat simpanan demi masa hadapan keluarga, terutamanya anak-anak.

“Saya rasa ramai lagi orang lain yang buat investment dari pelbagai bentuk.. Sekarang emas pun orang buat investment tau.

“Bagi saya sekarang ni semua orang dah buka mata dan lihat lebih jauh.. jadi bagi saya baguslah.

“Apa saja investment yang bagus untuk kita dan anak-anak kita buat. Jangan kita buat duit kita belanja sesuka hati sebab sekarang inflasi ekonomi pun tidak menentu.

“Jadi kita kena fikir apa yang boleh menambah simpanan ataupun investment kita,” katanya.

Dalam pada itu, disoal mengenai perancangannya selepas membeli rumah di Dubai, Siti memohon doa ramai untuk dikurniakan rezeki demi mengembangkan perniagaannya.

“Doakan saya, diberikan yang murah… Bukanlah saya nak kumpul banyak-banyak, tidak. Bagi saya salah satunya mahu mengembangkan perniagaan saya, itu saja..,” tambahnya lagi.

Sumber : Xtra

IKLAN