Jangan Buang Lebihan Tulang Lembu! Buat Sup Tulang Ala Thai Makan Sekeluarga Memang Layan

Share

Bila tiba waktu raya ini, pelbagai jenis menu daging lembu yang boleh dimasak seperti rendang daging. Hampir keseluruhan bahagian lembu ini juga boleh dimasak termasuklah tulangnya.

Menu sup tulang sangat popular di Malaysia kerana rasanya yang sangat sedap dan menyegarkan. Selain itu, proses untuk memasak menu ini juga tidaklah renyah dan jangan bimbang, hanya ikut sahaja step-step yang dikongsikan oleh Yati Mohd

ini.

Bagi penggemar sup tulang sememangnya perlu cuba juga cara ini kerana dijamin menyelerakan dan sedap. Sup tulang ala Thai juga mempunyai kombinasi rasa pedas dan masam yang menambahkan keunikan dalam masakan ini.

Sup Tulang Ala Thai

 

Bahan-Bahan:

  1. 1 kg tulang lembu dipotong sedang-sedang
  2. 7 biji bawang kecil
  3. 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  4. 1 1/2 inci halia dipukul
  5. 2 bungkus sup bunjut. Bahan dalamnya diasingkan (bunga lawang, kayu manis dan cengkih)
  6. Bawang holand dihiris tebal
  7. Saderi 2 batang dihiris tebal
  8. Tomato 3 biji dipotong 4
  9. Cili api 6 biji dipenyekkan
  10. Air limau nipis/asam jawa 1/4 cawan
  11. Daun ketumbar dan daun bawang di hiris
  12. Bawang goreng
  13. Garam, ajinomoto dan sedikit gula

Cara-Cara:

– Rebus tulang dalam periuk. Air agak-agak. Masukkan sup bunjut dan halia.

– Panaskan kuali tumis bahan hingga naik bau. Masukkan bahan. Tumis hingga wangi dan masukkan ke dalam rebusan tulang. Biar hingga tulang lembut/empuk. Masukkan tomato.

– Biar sekejap dan masukkan bawang holand, saderi dan cili api. Perasakan dengan garam, gula dan aji. Masukkan air asam jawa/air limau nipis. Kalau nak masam boleh tambah.

– Dah sesuai rasa bolehlah tutup api. Pastikan kuah agak pekat. Hidangkan dalam mangkuk dengan hirisan daun ketumbar/daun bawang dan bawang goreng.

Tip: Guna jus limau nipis lebih menyelerekan.

Sumber: Yati Mohd

IKLAN