Baru-baru ini pasangan merpati sejoli ini jarang dilihat bergambar bersama. bahkan, dalam video yang di ambil Dato Seri Aliff Syukri tidak lagi kelihatan isterinya.
Ini menyebabkan ada yang berasa hairan dan membuat andaian bahawa pasangan ini tengah berkrisis namun mereka mengambil pendekatan tidak menghebohkannya.
Apatah lagi, dalam setiap perkongsian suami isteri ini, pasti dapat membaca sendiri seperti ada yang tidak kena antara mereka berdua. Datin Seri Shahida Abdul Rashid, kerap meluahkan rasa sedih dan tiada gambar bersama sekeluarga sejak kebelakangan ini.
Namun, perkongsian terbaru Bonda Rozita Ibrahim jelas menunjukkan anak menantunya berkrisis.
Anak sayang , menantu sy sayng..Keduanya anak sy ..Aduhai ujian Allah ginilah jd Mak..Ujian balik haji namanya . Anak senang sy jauhkan diri.. anak susah sy datang.. .hidup ni x lepas ujian Allah hantarkan pd manusia ..dr org keliling, keluarga, harta benda.. kesihatan , rupa paras juga ujian ” sy sgt jaga hati dn niat dn pesan pd anak2 HATI2 jaga hati dn iman waktu dlm kesenangan ”
. Susah senang berbalik kpd Allah sahaja kerana islam itu ialah pendamaian dn jawaban pd kesulitan “ sbb tu Mak cakap anak2 kuatkan pegangan agama” . Malam tadi kri ajak sy shooting “oh abg kosmetik”.. dia marah dgn ida sbb ida bayk tingkah ( sy faham dia sarat dn tersinggung dgn kri) Sbb Ida x nk shooting.. sy kata dgn kri, jgn buat hal cari pasal biarkan ida yg tgh sarat mengandung.. tlg hormati dia..” . Sy ckp dgn kri lagi, kalau kamu nak mak shooting dlm “ oh abg kosmetik” dgn 1 syarat.. “ko kena izinkan mak bercakap benda yg betul sahaja x ada yg tipu.. Mak xkan cakap benda tipu hormati prinsip Mak , yg tua dah nk mati pun ( sy hanya akn cakap benda benar saja) dn mak x kan nak yg yg drama2..sy tak suka
IKLAN
. supaya ada pembelajaran dn ilmu dari setiap apa yg mak sampaikan.. mak dh tua syukri.. mak x kuasa nk layan ko semata2 layan glamour ko , tanpa pengisian ilmu..” . Bila dia setuju dgn syarat sy baru sy nk shooting .. bkn tujuan sy nk membela kebaikan anak sy ataupun menutup keburukannya.. dia tetap ada kebaikan dn masih banyak keburukan.. . Manusia x pernah lepas dgn ke khilafan.. maka sbgai ibu sy sentiasa menyokong yg mana baik dn sentiasa menentang kpd perkara yg salah di sisi islam..
Apabila perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 april 2020, ia memberi kesan kepada pelbagai pihak daripada pelbagai sektor.
Bukan sahaja ia memberi kesan kepada ekonomi negera tetapi juga kepada anak-anak kita. Pelajaran mereka ditangguhkan PKP ini. Bagaimana pun, pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas online dan memberi ‘homework’ melalui grup whatsapp sekolah.
Menerusi perkongsian Rahima Dahlan menyediakan panduan kepada ibu bapa menguruskan anak dalam tempoh KPK yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Ikuti perkongsian ini.
REMAJA DAN WABAK COVID-19
Wabak COVID19 yang melanda pastinya memberi cabaran yang hebat kepada golongan remaja yang perlu berada di rumah sepanjang Perintah kawalan pergerakan (PKP). Kanak-kanak mungkin merasa gembira dan teruja kerana ibubapa sentiasa ada bersama mereka di rumah namun situasinya mungkin berbeza bagi remaja seperti yang kita tahu, sangat mementingkan aktiviti bersama kawan-kawan, sudah tentunya tempoh PKP sukar untuk dilalui oleh mereka.
Sebagai ibubapa, berikut dikongsikan sedikit panduan ringkas bagaimana menguruskan anak remaja dan dewasa yang kini berada di rumah dalam tempoh ini.
MEMAHAMI DAN MENGIKTIRAF EMOSI
1. FAHAMI – cuba memahami keresahan dan kekecewaan yang dihadapi kerana tidak dapat keluar berjumpa rakan sebaya, tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa di sekolah atau bermain bersama-sama. Sekiranya anak remaja mula mengeluh dan menunjukkan emosi dan tingkahlaku negatif kerana perlu mematuhi arahan PKP, sebaiknya cubalah untuk berkomunikasi dengan mereka secara berseorangan.
2. TERIMA EMOSI – maklumkan kepada anak remaja bahawa anda tahu dan sedar perasaan kecewa mereka kerana tidak dapat berjumpa rakan pada masa ini. Anda juga terima dan sedar bahawa situasi ini sangat mencabar bagi semua orang termasuklah mereka. Terima emosi yang dirasai, “it’s okay” untuk rasa risau, takut, kecewa atau marah pada masa ini.
3. DENGAR dan IKTIRAF EMOSI – beri ruang untuk mereka luahkan emosi, dengar apa yang ingin diluahkan, iktiraf emosi mereka dan berbincang dengan mereka bagaimana untuk jadikan situasi ini lebih baik dan bermakna.
4. BANTU MEREKA MENYEDARI DAN MEMAHAMI SITUASI WABAK (KEPENTINGAN JARAK SOSIAL & KPK) DARI PERSPEKTIF NILAI DAN TANGUNGJAWAB SOSIAL. Bantu mereka memahami proses ini dari sudut pandang yang lebih luas. Ibubapa mungkin boleh mencuba dengan bertanya kepada mereka:
• “Ibu tahu awak nak jumpa kawan. Ibu tahu awak bosan dan tiada kawan di rumah
• Ibu harap awak boleh sedar dan nampak dengan jelas yang semua orang (termasuk awak) perlu memainkan peranan dalam menghadapi wabak ini. Apa-apa tindakan (seperti keluar rumah) boleh mempengaruhi situasi ini.
• Ibu nak tahu juga, apa yang awak fikir dan risaukan dengan situasi ni?
• Siapa yang awak boleh bantu dan siapa yang mungkin terancam? Macamana awak boleh gunakan kebolehan dan kemahiran yang awak ada untuk bantu masalah wabak sekarang?
• Di masa akan datang pastinya anak-anak dan keluarga awak akan bertanya apa yang awak buat sewaktu wabak ini, jadi apa yang awak nak beritahu nanti pada mereka?”
5. BANTU TENANGKAN MEREKA – Boleh merujuk kepada link yang berkaitan.
6. FIKIRKAN ALTERNATIF – Mungkin boleh diberikan ruang menggunakan interaksi media sosial pada ketika ini, galakkan mereka untuk lebih kreatif bagaimana untuk berinteraksi dangan rakan mereka di media sosial.
CARA KOMUNIKASI
1. Gunakan ayat yang tidak berbunyi mengawal atau mengarah (non-controlling, non-directive)
2. Cara yang lebih baik ialah bertanya pada mereka soalan terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka melakukannya. Remaja akan merasa mereka masih mempunyai kawalan terhadap apa yang perlu dilakukan dan ini secara tidak langsung membantu memberikan motivasi dan semangat untuk melakukannya. Contoh:
“Apa rancangan awak hari ni?”
“Apa rancangan awak hari ni untuk siapkan kerja sekolah online tu?”
“Ada apa-apa ke yang ibu boleh bantu untuk awak buat aktiviti senaman hari ni?”
BANTU PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
1. Memberikan mereka peluang untuk menguruskan diri sendiri, kerja sekolah dan tanggungjawab mereka tanpa leteran dan bersifat kawalan. Namun perlu ditekankan bahawa ibubapa perlu mempunyai “expectation” yang jelas atau mewujudkan struktur dan sokongan bagi memastikan mereka dapat berfungsi dengan baik di rumah pada waktu ini.
2. Bincang bersama mereka dan wujudkan jadual (yang realistik) bagi memastikan proses pembelajaran berjaya dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Jadual tersebut termasuklah waktu rehat, waktu bersama rakan (dimedia sosial) dan aktiviti lain seperti bersenam, menonton TV dan bermain games. Prinsip utama ialah lakukan kerja terlebih dahulu sebelum mendapat ganjaran dengan sesuatu yang disukai. Proses pembelajaran atas talian ini mungkin tidak seefektif belajar di sekolah atau kampus namun ianya sedikit sebanyak dapat membantu buat masa ini.
LIBATKAN MEREKA MEMBANTU KERJA DI RUMAH
Mereka dapat membantu dalam menyediakan makanan dan membersihkan rumah. Maklumkan kepada mereka untuk sama-sama membantu kerja rumah. Melayan adik dan bermain bersama mereka dengan baik juga sangat membantu mengurangkan tekanan di dalam rumah disamping membantu mengurangkan gangguan sewaktu ibubapa perlu bekerja dari rumah. Minta mereka fikirkan aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan seisi keluarga.
KEKALKAN CARA HIDUP SIHAT
Bantu remaja kita mengekalkan cara hidup sihat ketika waktu mencabar ini. Tidur yang mencukupi, makan makanan yang seimbang dan melakukan senaman setiap hari dapat membantu untuk menjadi lebih tenang. Rutin harian seperti waktu tidur dan bangun sangat mustahak bagi memastikan mereka memperolehi mood yang positif dan dapat meningkatkan keupayaan belajar.
Satu perkara yang seharusnya setiap ahli keluarga boleh amalkan setiap hari adalah dengan membaca al quran. Ambil sedikit masa untuk kita seisi keluarga mendapat rahmatnya, umpamanya dengan membiasakan membaca surah alkahfi pada setiap hari Jumaat.
Membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Untuk itu, jom kita selami kelebihan amalkan baca surah Al Kahfi pada setiap Jumaat.
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Ia merupakan surah Makkiyah. Didalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “insya’ ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi SAW tidak menyebut “insya’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi SAW menyebut “insya’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.
3 Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Hari Jumaat Menurut Hadis
Terdapat beberapa hadis yang mengungkapkan tentang manfaat dan keutamaan pada surat ini, diantaranya:
Pertama, manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa dengan rajin membaca surat ini pada hari Jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.
Dari Ibnu Umar ra, berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (HR. Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)
Kedua, membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda,
ِ“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
Ibnu Hajar merumuskan hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadis hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadis ini adalah hadis paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)
Ketiga, bahwa ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit.
Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman ALLAH SWT :
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (S. Al-Hadid: 12)
Dari Abu Sa’id al-Khudri ra, dari Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
Membaca Surah Al-Kahfi Pelindung Fitnah Dajjal
Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan bahawa surah Al Kahfi ini akan melindungi manusia dari fitnah Dajjal. Caranya dengan membaca dan menghafal beberapa ayat di dalam surah ini.
Sering dikatakan bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir.
Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah SAW bersabda, “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”
Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.
Imam Muslim berkata, Syu’bah berkata, “Dari bagian akhir surat al-Kahfi.” Dan Hammam berkata, “Dari permulaan surat al-Kahfi.” (Shahih Muslim, Kitab Shalah al-Mufassirin, Bab; Fadhlu Surah al-Kahfi wa Aayah al-Kursi: 6/92-93).
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya, karena pada awal-awal surat al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran ALLAH. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal.
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?…” S. Al-Kahfi: 102. (Lihat Syarah Muslim milik Imam Nawawi: 6/93)
Oleh kerana itu, Rasulallah SAW selalu beristi’dzah (meminta perlindungan kepada ALLAH) dari empat perkara dalam solat, iaitu: Fitnah Agama (dalam kisah ashabul kahfi), Fitnah Harta (dalam kisah dua pemilik kebun), dan Fitnah Kekuasaan (dalam kisah raja Zulkarnain).
Kerana itu dalam sebuah riwayat di anjurkan membaca surah Al-Kahfi bagi orang yang menemui masa-masa dajjal berkuasa.
“Barang siapa diantara kalian yang menemuinya (dajjal), hendaklah dia membacakan ayat-ayat pembuka surah Al-Kahfi kepadanya, karena bacaan itu melindungi kalian dari fitnahnya (dajjal tersebut).” (HR. Abu Daud).
Sekarang ni pantang dengar atau baca tentang nama Kak Long, masing-masing meluahkan rasa geram dengan individu tersebut. Ye lah, satu satu benda dibuatnya yang menyebabkan orang ramai tidak puas hati.
Baru-baru ini, wanita yang tular dengan gelaran Kak Long 7E, Wan Noor Baizura tampil menjelaskan sekeras-kerasnya tidak berniat untuk mengejek orang kurang upaya (OKU) ketika sesi siaran langsung Facebook baru-baru ini.
Jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Facebook, dia akui setiap tindakannya ketika ini sentiasa diperhatikan masyarakat dan membuka ruang untuk mencari kesilapan.
“Kaklong tak ada ejek OKU. Kaklong tahu satu Malaysia benci Kaklong. Jadi setiap apa yang Kaklong buat, semuanya nampak salah.
“Kaklong faham, setiap apa yang Kaklong tulis, akan menjadi perhatian orang.
“Live Kaklong orang masuk, orang kecam, orang tunggu kita silap kat mana, orang akan kecam. Orang akan manipulasi supaya Kaklong nampak salah selamanya,” tulisnya.
Malah, kata Kak Long, dia memahami situasi dan kepayahan yang dilalui oleh OKU setiap hari.
“Kaklong tiada niat lukakan hati OKU. Kaklong faham kesusahan hidup sebagai OKU, yang banyak bersabar, dalam meniti usia. Ujian orang OKU pada diri mereka dan famili mereka cukup besar.
“Kaklong doakan semoga hidup mereka dipermudahkan,” tambahnya.
Dalam perkongsian yang sama, disebabkan kecaman bertubi-tubi yang diterimanya sejak beberapa minggu lalu, Kak Long nekad untuk mengurangkan aktiviti di media sosial selepas ini.
“Kaklong plan untuk kurangkan aktiviti di media sosial ni. Terlalu ramai orang negatif. Terlalu ramai tunggu masa nak hentam kaklong.
Terdahulu, kisah Kak Long menjadi bualan apabila video perbalahannya bersama juruwang di sebuah kedai serbaneka tular.
Tidak cukup dengan itu, kehadiran Kak Long di sebuah stesen televisyen untuk program berbentuk Islamik dikecam teruk oleh netizen.
Belum cukup 24 jam, Kak Long sekali lagi menjadi mangsa peluru netizen apabila dipercayai seakan- cuba mengejek netizen dengan perbuatan seperti OKU ketika sesi siaran langsung Facebook.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/