Nampak biasa-biasa aje hal kentut ini. Tapi tidak semua suka ia ‘dilepaskan’ sesuka hati. Begitu juga dengan pasangan.

Jangan anggap pasangan suka perbuatan itu. Jika terlalu kerap kentut di hadapan pasangan, memang geram dibuatnya. Ia dianggap tidak sopan.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Walaupun ada satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang isteri untuk hidup lebih lama adalah tinggi.

Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.

Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

IKLAN

Nasihat UAS Buat Para Suami

“Jangan Kentut Di Hadapan Isteri”.- Ustaz Abdul Somad

Namun ini tidak bermakna suami sesuka hati berbuat demikian. Ini ditegaskan oleh penceramah terkenal dan berpengaruh di Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS).

“Jangan kentut di hadapan isteri demi menjaga hati mereka,” demikian kata nasihat Ustaz Abdul Somad (UAS) buat semua para suami di dunia ini.

Memetik laporan pada portal berita Suara.com, penceramah terkenal dan berpengaruh di Indonesia itu menjelaskan perbuatan kentut di hadapan isteri tidak diklasifikasikan sebagai haram, namun tidak begitu sopan lebih-lebih lagi di hadapan isteri.

“RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH MELAKUKAN HAL-HAL YANG MENJENGKELKAN AISYAH SEPERTI MEMAKAN SEJENIS MAKANAN IAITU MAGHAFIR YANG MEMPUNYAI BAU BUSUK KERANA ISTERI BAGINDA TIDAK MENYENANGINYA…

“Jadi, baginda bersabda tidak akan lagi memakan maghafir dan mengharamkan maghafir untuk dirinya sendiri,”jelas beliau.

IKLAN

UAS turut menjelaskan bahawa para suami perlu sentiasa melakukan perkara yang menyenangkan hati isteri sebagai salah satu rukun rumah tangga bahagia.

“Rasulullah sentiasa memanggil Aisyah dengan nama panggilan mesra. Kalau kita tidak mampu begitu, jangan sampa kentut di depan isteri,” katanya lagi.

INFO TAMBAHAN : 12 TIP SUAMI ISTERI BAHAGIA

1,Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
2.Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
3.Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
4.Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
5.Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
6.Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
7.Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
8.Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
9.Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
10.Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
11.Pasangan yang sudah berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
12.Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

IKLAN

Sumber: suara.com

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

“Jangan Kentut Di Hadapan Isteri”.- Ustaz Abdul Somad

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI